BAB 10

988 29 1
                                    

ADAM merenung Hawa yang masih tertunduk di hadapannya. Lagaknya seperti sedang menunggu hukuman dijatuhkan ke atas gadis itu.

"Awak tahu kenapa saya panggil awak ke mari?" Adam memulakan bicara setelah membiarkan keadaan antara mereka menjadi sunyi sepi selama beberapa minit.

Hawa ketap bibir sebelum menggelengkan kepala. Ini kali kedua dia dipanggil oleh Adam dan terus terang, dia langsung tak suka akan perasaan ini. Perasaan gemuruh setiap kali berhadapan dengan lelaki itu sendirian.

"Mana buku latihan matematik tambahan awak yang saya baru pulangkan tadi? Keluarkan. Saya nak tengok."

Hawa akur sebelum buku tersebut dikeluarkan dari dalam begnya, lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Adam mengambil buku tersebut dan menyelak satu per satu halaman buku tersebut, lalu dibentangkan di atas meja.

"Tell me, Hawa. What is wrong?"

Hawa gigit bibir bawah. Kurang menangkap maksud lelaki itu. Cikgu Adam nak tanpa apa kesalahan yang terdapat pada buku latihannya atau lelaki itu nak tanya apa yang tak kena dengan dirinya?

"Kenapa diam? Saya tanya ni. Jawablah." Adam berkata, cuba menahan sabar.

Geram juga dengan sikap gadis itu yang sedari tadi hanya mambatukan diri sahaja. Selalu tu bukan main lagi rancak mulut tu menjawab.

"Nothing is wrong." Hawa akhirnya menjawab.

Adam merenung lagi wajah Hawa dalam-dalam.

"Awak nak protes ya? Nak protes sebab marahkan saya?"

Sekali lagi Hawa tertunduk. Entah kenapa dia terasa 'lain' pula tatkala mendengar nada suara yang digunakan oleh lelaki itu. Lembut sekali.

"Hawa, kalaupun awak benci saya. Takkan awak sanggup nak memperjudikan masa depan awak dengan melakukan perbuatan sia-sia macam ni?"

Hawa masih mendiamkan diri. Telinganya terasa kurang enak ketika mendengar Cikgu Adam menyebut perkataan 'benci'. Sejujurnya, dia bukanlah benci akan lelaki itu. Benci kedegaran agak kasar baginya. Dia cuma... tak suka saja. Sebab lelaki itu suka marah-marah dan malukannya di hadapan kelas.

"Saya tak benci cikgu. Cikgu yang benci saya."

Hawa bersuara perlahan. Ada nada sebak ketika gadis itu menuturkan ayat tersebut.

Dahi Adam berkerut sedikit.

"Bila pula saya cakap saya bencikan awak? Saya tak pernah terniat pun nak bencikan awak. Saya sayang awak... maksud saya... sayang sebab awak pelajar saya."

Adam tahan riak wajahnya yang sudah mula nak bertukar kemerahan.

Hawa rasa seperti mahu sahaja menghilangkan diri tatkala mendengar perkataan 'sayang' meniti di bibir lelaki itu.

"Hmm, tak apalah cikgu. Saya minta maaf. Saya janji lain kali tak buat lagi. Saya... pergi dulu."

Hawa berkata sebelum cepat-cepat beredar dari tempat tersebut. Bimbang jika dia termuntah pula di situ ketika perkataan 'sayang' kembali terngiang-ngiang di telinganya.

Adam tercengang ketika ditinggalkan begitu sahaja tanpa sempat menyampaikan 'amanatnya'. Melihat kelibat Hawa yang sudah pun hilang daripada pandangan matanya, sekali lagi Adam melepaskan keluhan berat. Buku latihan yang terbuka di atas meja, diambil sebelum direnung kosong.

Sayang? Kau dah gila ke cakap macam tu dengan pelajar kau sendiri?

Apa pula? Betullah aku sayang dia... sebagai pelajar aku!

Sudahlah! Takkan nak tipu diri sendiri lagi?

Adam mengeluh lagi. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengemas mejanya sebelum berangkat pulang memandangkan loceng terakhir sudah pun berbunyi sejak setengah jam yang lalu.

AKU ADALAH HAWAMUWhere stories live. Discover now