BAB 7

1.1K 27 0
                                    

"BANGUN! Assalamualaikum cikgu!"

Adam memandang sekeliling sebelum pandangannya tertumpu kepada Hawa yang kelihatan gelisah di tempat duduknya. Bibirnya cuba ditahan daripada mengukir senyuman.

Hampir dua minggu gadis itu ponteng kelasnya. Dia baru sahaja berkira-kira mahu memanggil gadis itu lagi dan berbincang akan masalah antara mereka jika gadis itu masih enggan masuk ke kelasnya. Mujurlah dia tak perlu berbuat demikian.

Haih. Betullah orang cakap, nak jaga dan didik anak perempuan ini punyalah susah. Tak boleh nak berkeras sangat dan tak boleh terlalu memberi muka.

"Waalaikumussalam. Duduk."

"Terima kasih, cikgu!"

Serentak dengan itu, kedengaran bunyi kerus-kerusi ditolak dan semua pelajar kembali duduk di tempat masing-masing.

"Baiklah. Hari ini kita akan bincang jawapan untuk latihan yang kita buat minggu lepas."

Adam bersuara sambil menyelak buku rekod mengajarnya.

Dada Hawa mula berdebar-debar. Alamak, latihan apa? Bukankah dia tak masuk ke kelas sepanjang dua minggu ini? Jadi, dia memang tak buat apa-apa latihan pun sepanjang tempoh 'berperang' itu.

"Baiklah. Siapa nak buat soalan nombor satu?" Adam memandang sekeliling.

Masing-masing hanya diam dan tunduk merenung buku. Hawa turut tidak terkecuali. Dalam hatinya berdoa janganlah Cikgu Adam menyuruhnya buat latihan tersebut. Kalau tidak, masak!

Adam memadang sekeliling. Sumpah rasa macam nak tergelak sahaja tatkala melihat riak wajah pucat Hawa ketika itu. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia menyebut nama gadis itu. Sekadar mahu melihat reaksi Hawa.

"Inas, boleh awak tunjukkan cara nak selesaikan soalan nombor satu?"

Walaupun nama Inas yang disebut, namun anak matanya tertumpu terus ke wajah Hawa.

Hawa pejam mata dan melepaskan keluhan lega. Fuh! Nasib baik bukan dia yang kena!

Adam cuba tahan senyum lagi ketika dia melihat riak wajah Hawa yang kelihatan sangat lega itu. Hawa, Hawa. Gaya tu macamlah dia jenis yang makan orang. Isy!

Inas bangun dari tempat duduknya tanpa bersuara dan berjalan menuju ke papan putih. White board marker yang dihulurkan oleh Cikgu Adam diambil sebelum dia mula mencoretkan jalan kerja di papan putih.

Ketika Inas sedang menulis jalan kerjanya di papan putih, sempat Adam menjeling melalui ekor mata ke arah Hawa. Dia dapat lihat yang Hawa sedang kelam-kabut menyalin jawapan yang ditulis oleh Inas. Walaupun mulutnya laju sahaja mahu menegur, namun dia sedar yang perkara itu mungkin akan membuatkan Hawa semakin membencinya.

Setelah beberapa minit berlalu, Inas akhirnya selesai menulis jalan kerjanya dan kembali ke tempat duduknya. Adam merenung jalan kerja yang ditulis oleh Inas sebelum berpaling memandang pelajar-pelajar di dalam kelas.

"Betul ke tak jawapan yang Inas tulis ni?" tanya Adam sambil merenung wajah seorang demi seorang pelajarnya.

"Betul!" sahut beberapa orang pelajar.

"Ya. Jawapan yang Inas berikan memang betul dan tepat. Baiklah, kita teruskan ke soalan kedua..."

"Inas, boleh tak aku nak tengok soalan nombor dua?"

Hawa cepat-cepat berbisik kepada Inas apabila mata Cikgu Adam sudah mula melilau, seolah-olah sedang mencari mangsa seterusnya.

Inas segera menolak buku latihannya ke arah Hawa membuatkan Hawa cepat-cepat menyambar buku tersebut.

AKU ADALAH HAWAMUWhere stories live. Discover now