Bab 1

2.7K 84 10
                                    

Nami Island, Mac 2019...

    "YAYA....cantiknyaaa!" Sarah yang sememangnya teruja sejak kami di dalam feri lagi sudah memusing-musingkan tubuhnya sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke Nami Island yang popular sebagai set lokasi pengambaran drama Winter Sonata ini. Siap dengan aksi peluk batang pokok lagi.

    "Aku tahulah aku cantik. Kau tak payah jerit kuat-kuat sangatlah." Usikku dan Sarah mencebik.

    "Memang rezeki kitalah datang timing yang kena dengan cherry blossoms ni. Aku baru tahu yang cherry blossoms ni tak sama timing dekat Korea ni. Maksudnya, kalau minggu ni tengah cherry blossoms dekat Seoul, tak semestinya daerah lain pun tengah cherry blossoms."

    "Lagi?" Aku membetulkan letak jaket di tubuh sambil anak mata menerawang memerhatikan kawasan sekitar Nami Island yang indah dengan bunga-bunga sakura yang mekar dan berwarna merah jambu. Cantik!

    "Lagi apa?"

    "Apa lagi yang kau nak cari kat sini?"

    "Kau tahu kan salah satu sebab kenapa tempat ni famous sebab kat sinilah set shooting drama Winter Sonata?"

    "Tahu. So?"

    "Isy, kau ni! Aku naklah jugak ambil berkat, manalah tahu dapat jumpa Bae Yong-Joon aku jugak. Salah satu waktu mujarab untuk berdoa ialah sewaktu bermusafir. Mana tahu ALLAH nak kabulkan doa aku sepanjang kita bermusafir ni, bolehlah aku balik Malaysia nanti bawak calon menantu untuk umi aku."

    "Weyh, kau nak cari yang ala-ala uncle ke apa?"

    "Apa pulak uncle?"

    "Yalah, dah kau nak yang macam Bae Yong-Joon tu. Umur dia dah nak dekat 50 kut!" Balasku sambil tergelak-gelak.

    "Yaya! Kau ni kacaulah aku nak fefeling macam Winter Sonata!" Sarah sudah memukul-mukul bahuku.

    "Gurau jelah, Sarah. Yalah, aku pun doakan supaya kau jumpa Bae Yoong-Joon kau kat sini. Amin!"

    "Yaya, kau tak doakan dengan Bae Yoong-Joon versi uncle kan?"

    Terus aku tergelak-gelak.

    "Jomlah, pergi sana. Kat situ nampak macam ada pangkin kecik yang kita boleh duduk dengan rak-rak buku. Nampak macam menarik je." Aku menarik perlahan tangan Sarah yang jelas sedang mempamerkan wajah tidak puas hati dia.



       

    Setelah penat bergambar, aku mengajak Sarah untuk duduk di pangkin kayu kecil yang turut menempatkan beberapa buah rak buku di bawah rimbunan pokok sakura yang sedang mekar. Inilah yang disebut-sebut sebagai cherry blossoms.

    "Kau tulis apa tu?" Tegur Sarah apabila aku melarikan pen hitamku di atas diariku yang berwarna merah jambu.

    "Dear Diary, Nami Island ni lebih sesuai untuk dikunjungi bersama-sama dia yang terchenta dan bukannya dengan Sarah yang terchenta."

    "Eliya Inara!"

    Aku ketawa lagi.

    "Idea untuk bahan column aku."

    "Column apa pulak?"

    "Tak dapat tajuk lagi tapi Kak Dee aku yang terchenta tu nak minta aku in charge untuk love column magazine Oppa dia tu."

    "Love column?"

    "Hmm...what do guys think of love? Lebih kurang macam opinion lelaki bila berkaitan dengan cinta."

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now