Bab 19

819 66 13
                                    

Aku perhatikan sahaja telatah Nia dari tempat duduk belakang sebaik sahaja kereta milik Aydin keluar dari tempat parkir One Utama. Beria-ia Nia mahu duduk di tempat duduk hadapan kereta. Gaya si budak kecil itu seperti mahu menyambung sesi 'interviu' dengan Aydin.

Tadi pun sempatlah 'drama' lima minit di depan KFC. Nia berkeras mahu Aydin hantarkan kami balik sementara aku pula cuba memujuk Nia untuk menaiki MRT. Tentulah Nia menang kerana Aydin ini pun tak membantu langsung untuk memujuk Nia. Disokong lagi si budak kecik tu adalah.

"Uncle ni kerja apa?" Soal Nia sambil menoleh memandang Aydin yang memandu.

Kan aku dah kata! Nia ni memang mewarisi bakat seorang reporter. Dahlah bertanya soalan koleksi bakal mak mertua pulak tu.

"Lecturer." Aydin koyak senyum.

Kelihatan Nia menganggukkan kepala. Gayanya seolah-olah faham dengan apa maksud 'lecturer' itu.

"Nia suka Matematik tak? Sebab uncle ajar subjek tu." Sambung Aydin.

"Suka. Angah kita ni yang tak suka Matematik." Nia berpaling memandang aku.

Amboi!

"She has your bubbly character, Yaya. Comel." Komen Aydin sambil pandangan mata kami bertemu menerusi cermin pandang belakang kereta.

Comel? Aku kerutkan dahi. Nia yang comel? Atau aku yang comel? Atau kedua-duanya sekali?

"Kita macam pernah tengoklah uncle ni."

Bulat mataku mendengar suara Nia. Okey, ini bahaya!

"Ya ke? Uncle rasa ni first time uncle jumpa Nia."

"Betullah, uncle. Tapi dalam gambar je yang angah tunjuk kat kita. Angah kata...."

Terus aku menekup mulut Nia dari tempat duduk belakang. Ringan mulut sangatlah anak dara kecik ni.

"Angahhhh!" Nia sudah mencebik sambil berpeluk tubuh. Merajuklah tu.

"Kita rasa angah kita suka dekat uncle la. Sebab tu angah tak bagi kita cakap dengan uncle kan? Lepas tu angah senyap je dari tadi. Uncle suka dekat angah kita tak?" Soal Nia sambil menoleh memandang Aydin.

Aku sudah mengeraskan tubuh di belakang. Terima kasihlah Nia sebab tolong angah ni buat love confession!



***

Apabila Range Rover Evoque milik Aydin berhenti betul-betul di hadapan rumah keluarga Abang Eidlan, aku berdoa di dalam hati yang abang longku itu tidak ada di luar rumah. Namun, sebagai manusia aku hanyalah mampu berdoa kerana abang sulungku itu memang sedang berdiri di porch kereta.

"Terima kasih, Aydin. Minta maaflah sebab dah susahkan awak sampai awak kena hantar saya dengan Nia sampai ke rumah pulak. Nia, say thank you to uncle." Tuturku cepat-cepat sebelum Abang Eidlan keluar dari kawasan porch.

"Thank you, uncle. Nanti kita jumpa lagi." Tutur Nia lambat-lambat. Sewaktu ini Abang Eidlan sudah berdiri di luar pagar rumah. Ah, sudah! Nak kena menjawablah aku nampaknya. Kelihatan Abang Eidlan sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke arah kereta Aydin.

"Tu abang long saya; daddy Nia. Okeylah, Aydin. Thanks again. Nia, jom!" Aku sudah membuka pintu kereta.

"Saya turun kejap jumpa abang awak. Tak sopan pulak nak pergi macam tu je." Balas Aydin dan mula membuka seat belt.

"Eh, tak apa. Nanti saya bagitahu abang saya. Awak mesti rushing nak balik rumah kan?" Tegahku selembut yang mungkin.

"Tak rushing mana pun." Aydin sudah menukar gear kereta dan membuka pintu kereta.


Aku sudah menelan liur. Dia ni memang tak faham atau buat-buat tak faham? Kenapalah waktu ni pulak nak bersopan santun bagai?

"Daddyyyy!!!" Nia turun daripada kereta dan berlari-lari mendapatkan Abang Eidlan yang sedang menunggu. Sekejap sahaja Nia sudah berada di dalam dukungan Abang Eidlan sebelum Nia diturunkan semula.

"Abang long buat apa kat luar rumah ni?" Sapaku sambil tersengih cuak.

"Umar tengah tidur tu yang abang long nak cari barang dalam kereta tadi. Tiba-tiba nampak ada kereta lain depan rumah." Jawab Abang Eidlan dan matanya bergerak memandang Aydin yang sudah berdiri di belakangku.

"Nilah Uncle Aydin, daddy. Uncle Aydin tolong hantarkan Nia dengan angah balik." Cerita Nia sambil tersenyum-senyum memandang Aydin yang nampak tenang.

"Ohhhhhh..." Meleret panjang bunyi 'oh' Abang Eidlan sambil anak matanya memandang aku lain macam. Saat ini aku sudah menghantar isyarat mata supaya Abang Eidlan tidak mengikut jejak langkah Nia yang ringan mulut bercerita yang bukan-bukan.

"Terima kasih tolong hantarkan diorang berdua ni balik. Susahkan Aydin aje." Ujar Abang Eidlan sebelum bersalaman dengan Aydin.

"Tak apa, tak susah pun." Balas Aydin sopan.

"Abang long, Aydin ni yang tolong Yaya waktu accident minggu lepas." Ceritaku sebelum Abang Eidlan memulakan sesi interviu versi dia pula. Biasalah, mama aku seorang bekas wartawan dan adik beradikku agaknya mewarisi bakat mama yang satu itu.

"Ohhhhhh..." Sekali lagi meleret panjang bunyi 'oh' Abang Eidlan dan dia tersenyum mengusik memandangku.


"Tengok dalam gambar pun dah handsome, jumpa depan-depan macam ni lagilah nampak handsome betul." Balas Abang Eidlan bersahaja. Terus aku menjegilkan mataku ke arah Abang Eidlan. Ni sahlah Kak Diyana yang sebarkan gambar Aydin kepada abangku ini memandangkan aku sudah menyimpan
majalah Oppa edisi Mei.

"Abang saya nampak gambar awak yang jadi front cover majalah hari tu." Tambahku pantas.

"Majalah apa?" Soal Abang Eidlan tiba-tiba.


Adui, abang aku ni! Lurus sangatlah pun!

"Aydin, awak kata awak tak boleh lama kan? Jangan lupa petang esok saya dah book time awak untuk discuss tentang column baru tu. Abang long, jom masuk. Umar tu entah-entah terjaga dah. Dia sekarang ni bukannya jenis tidur lama-lama." Aku sudah menarik perlahan lengan Abang Eidlan.


Serentak kedua-dua lelaki ini memandangku pelik.

"Eh, Aydin tak nak singgah dulu ke? Minum-minum dulu." Ajak Abang Eidlan.

"Ala, abang long, Aydin kena cepat tu. Kan, Aydin? Kan? Kan?" Aku tayang muka kasihan memandang Aydin yang jelas nampak terpinga-pinga.

"Oh, haah. Insya-ALLAH next time ada rezeki saya akan singgah." Balas Aydin.

"Okeylah kalau macam tu. Nanti datang lagi ya." Pesan Abang Eidlan dan aku sempat mencubit kuat pinggangnya.





P/s Yumi: Take care dan stay safe semua ❤️

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now