Bab 5

906 59 6
                                    

"EH, YAYA? Tak gerak pergi kerja lagi ke?" Soal Eidlan; abang sulungku sambil menarik kerusi di hadapanku. Sejak aku bekerja dengan Ideafly Group dua tahun yang lepas, memang aku tinggal bersama-sama keluarga abang long. Ini syarat utama mama sewaktu aku mahu menerima tawaran bekerja dalam bidang ini dulu. Mungkin mama yang jauh di Pulau Langkawi itu risau akan aku.

"Lambat sikit, abang long." Aku sengih dan mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Di tingkat atas rumah sudah kedengaran suara Kak Diyana yang sedang memujuk dan berselang seli dengan suara baby Umar yang sedang menangis.

"Kalau Yaya gerak lambat ni, LRT tak sesak ke? Bukan ke selalunya Yaya gerak awal?" Soal Eidlan lagi dan turut sama mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.

"Kak Yaya dah boikot LRT tu, abang long."

Belum sempat aku menjawab, kedengaran suara Eizat; adik bongsuku yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang makan. Terus aku menjegilkan biji mata ke arah dia yang nampak selamba.

"Boikot LRT? Kenapa? Sebab recent technical problem LRT ke?"

Eizat sudah tergelak-gelak. Mulut gelak tapi anak mata masih pada report yang dipegangnya. Halah, halah, takkanlah waktu makan pun nak baca report kerja jugak? Aku agak mesti mama dulu terkenan dengan Albert Einstein sewaktu mengandungkan Eizat sampaikan adik aku ni jadi nerd semacam!

"Kak Yaya ni... Awww! Sakitlah kak!" Eizat mengaduh sambil menggosok-gosok belakang tangannya yang baru sahaja aku ketuk menggunakan garfu. Dia memandangku dengan riak wajah yang tidak puas hati.

"Jangan curi dengar bila akak on the phone." Aku tayangkan garfu di hadapan wajah Eizat.

"Correction, bukan curi dengar tapi Ijat terdengar. TER okey! Kak Yaya ni dah kenapa main-main garfu? Nak cucuk orang ke apa?" Membulat mata Eizat memandangku. Report yang dibacanya sudah diletakkan di tepi meja.

Tiba-tiba Eidlan berdehem sambil kepalanya sudah menggeleng perlahan memandang aku dan Eizat.

"Kenapa dengan korang ni?"Soal Eidlan memandang aku dan Eizat. Eizat buat-buat kembali khusyuk dengan report yang dibawanya tadi. Bertuah punya adik!

"Kiranya Yaya tak nak naik LRT dah?" Soal Eidlan lagi.

"Hari ni macam nak naik Grab je, abang long. Tak ada mood nak naik LRT." Jawabku sambil tersengih. Bukannya tak ada mood tapi aku tak nak terserempak dengan Aydin lagi di dalam LRT seperti selalu. Sebab aku yakin; jika aku menaiki lrt hari ni tentu aku akan terserempak lagi dengan Aydin.

"Nak abang long hantarkan Yaya ke ofis tak?" Pelawa Eidlan yang sememangnya sedang bercuti. Seorang engineer 'minyak' seperti dia memang rutin kerja selalunya akan ada dua minggu di offshore dan dua minggu di rumah. Memang Kak Diyana; isterinya seorang wanita yang sangat hebat sebab memahami dan boleh menguruskan dua orang lagi anak-anak kecil sepanjang pemergian Abang Eidlan. Ada baiknya juga aku dan Eizat tingal bersama-sama keluarga abang long supaya kami boleh membantu apa yang patut.

"Bukan abang long kena hantar baby Umar ke nursery ke?"

"Abang long hantar Yaya dulu then baru hantar Umar ke nursery. Kalau taka bang nak minta Ijat hantarkan Yaya tapi tak convenient pulak sebab Ijat nak ke Bangi dan Yaya pulak nak ke arah Bangsar."

"Kalau nak Ijat dropkan Kak Yaya kat stesen LRT bolehlah. Preferably stesen LRT Taman Melati kan?" Balas Eizat sambil tersenyum mengusik. Perangai mengalahkan reporter dia tu memang aku tak boleh nak terima.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now