Bab 22

894 69 6
                                    

"MAMAAAA..." Turun sahaja dari kereta abah, aku berlari masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan mama yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Hanya abah seorang yang mengambilku di airport Langkawi sebentar tadi.

"Alhamdulillah...selamat sampai pun anak dara mama ni." Mama tersenyum manis sebelum kami berpelukan erat di ruang tamu. Abah yang baru sahaja melangkah masuk dengan menjinjit beg pakaianku sudah menggeleng-gelengkan kepala.

"Gaya anak beranak ni macam dah setahun tak jumpa." Usik abah dan turut melabuhkan duduk di sofa.

"Perasaan ni yang rasa macam dah setahun tak jumpa, abah." Aku tarik sengih.

"Mana Sarah? Tak ikut Yaya balik sekali ka?" Kali ini mama menjenguk ke muka pintu pula.

"Sarah tak dapat mai la, ma. Dia tiba-tiba kena hantaq pi cover kawan dia. Kes lelaki yang hilang tu mama." Jawabku dan turut melabuhkan duduk di sisi mama.

"Laaa...ya ka? Bahayalah Sarah cover kes jenayah macam tu."

"Cover ja, mama. Bukannya dia in charge pun."

"Cover sat tak pa. Yaya pun mama tak setuju sangat kalau hang nak cover kes-kes jenayah lagu tu. Mama risau. Dahlah hang sorang ja anak perempuan mama." Kali ini nada suara mama kedengaran risau.

"Mama, Yaya kan columnist untuk majalah je. Mana ada Yaya pi cover cerita macam tu, mama. Princess mama ni bukannya berani sangat pun." Gurauku dan abah yang hanya mendengar sudah tergelak-gelak.

"Abang long, kak long, Ijat dengan budak kecik dua orang tu semuanya kirim salam sayang dekat mama dengan abah." Tambahku lagi dan kali ini sepasang mata mama nampak berair. Ni rindulah tu.

"Waalaikumussalam." Abah terlebih dahulu yang menjawab sambil menghantar isyarat mata ke arah mama.

"Abang long kata tunggu dia tak kena offshore awal bulan depan, insya ALLAH dia nak balik Langkawi. Elok pulak cuti sekolah dah start waktu tu, terus nak sambut Ramadan kat sini." Beritahuku dan barulah riak wajah mama bertukar ceria.

"Yaya dengan Ijat balik jugak tak untuk sambut Ramadan kat sini?" Soal abah pula.

"Insya-ALLAH, abah. Mama, mama masak apa? Yaya lapaqlah." Aduku, sengaja bermanja dah alang-alang aku seorang di rumah. Selalunya, kena berebut dengan Ijat yang tak habis-habis dengan syndrome manja anak bongsu.

"Mama masak lauk favourite Yaya. Ada ketam masak lemak pecah telur dengan sayur rebung."

"Sedapnya...Dengar je dah terasa air liur nak meleleh." Aku sengih dan bangun untuk menuju ke dapur.

"Jom, mama temankan Yaya makan. Mama dengan abah dah makan dah tadi." Mama turut bangun dan mengikut langkahku ke dapur.



***

"Pukul berapa tetamu Diyana sampai Langkawi semalam?" Tegur mama sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kawasan dapur. Bersembang dengan mama sehingga pukul 2 pagi semalam membuatkan aku tertidur semula selepas solat Subuh pagi tadi.

"Hajah Khalida Whatsapp Yaya semalam. Katanya pukul 8 malam dia dah sampai resort abah." Jawabku dan melabuhkan duduk di ruang makan.

"Eh, kenapa tak minta kita yang ambilkan dia di airport? Kesian Hajah Khalida tu susah payah nak cari teksi ataupun Grab." Balas mama.

"Yaya tak sempat nak pergi ambil pun, mama. Hajah Khalida Whatsapp Yaya yang dia dah selamat sampai resort pun." Aku mula mencedok bihun goreng Singapore ke dalam mangkuk.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now