Bab 3

957 54 3
                                    

"YAYA, KAU nak pergi mana pulak ni?" Tegur Sarah yang aku sangat yakin baru sahaja balik dari kerja luarnya memandangkan kulit wajah licinnya itu sudah berpeluh-peluh. Dia berdiri menyandarkan tubuh di sisi meja kerjaku.

"Aku nak keluar kejap dengan Neo. Ada interview untuk magazine Oppa."Jawabku dan menyimpan barang-barang yang perlu kubawa ke dalam handbag. Ada satu jam setengah lagi sebelum pukul 2.30 petang.

"Alaaa...interview apa pulak? Jomlah temankan aku lunch. Aku kebulurlah Yaya. Shooting kat hospital tadi; tengok berdarah-darah tu semua buat aku tak lalu nak makan apa-apa pun." Balas Sarah sambil menggosok-gosokkan perutnya.

"Dah tahu yang kau tu tak boleh tengok benda berdarah-darah, tapi kau pergi jugak. Sendiri cari pasal kan?" Usikku dan bangun dari dudukku.

"Kau ni! Kau jugak yang kata; kerja ni kena buat dengan sepenuh hati. Kena anggap kerja sebagai ibadah." Sarah berpeluk tubuh sambil menunjukkan riak wajah tidak puas hati. Terus aku tergelak kecil.

"Aku nak kena pergi Taylor's Lakeside Campus dekat Bandar Sunway. Aku ada appointment dengan lecturer kat situ." Aku menyandang handbag di bahu memandangkan Neo sudah berdiri tercegat di belakang Sarah.

"So tak dapat temankan aku lunch la ni?" Raut wajah Sarah bertukar mendung pula.

"Sorry, babe. Aku dah book appointment dengan pihak universiti. Pagi esok kita breakfast sama-sama kalau kau tak kena outstation." Aku memaut bahu Sarah erat sebelum mengikut langkah kaki Neo.

***





Dear Diary,

Agak-agaknya siapalah nama gerangan Encik Ulat Buku yang sentiasa membaca novel tulisan Haruki Murakami di dalam lrt setiap pagi? Yang merupakan peminat koleksi wireless headphone berjenama mewah? Yang prihatin dengan orang di sekeliling walaupun asyik dengan buku di tangan? Jika ramai orang berpendapat yang lelaki berbadan sado itu menawan hati, tetapi rasanya Encik Ulat Buku yang sentiasa membuang masa dengan buku di tangan lebih menawan hati seorang Eliya Inara a.k.a Yaya.


Pen yang sejak tadi menari rancak di atas halaman kertas yang berwarna merah jambu terhenti. Aku menyelak halaman diari yang seterusnya.



Dear Diary,

Alangkah bahagianya diri ini jika aku dapat mengetahui nama Encik Ulat Buku.



Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi orang ketawa. Terus aku menutup diari tersebut dan kusimpan cermat ke dalam handbag.

"Kenapa gelak? Ada orang tengah menyanyi lagu Bobo Di Mana ke?" Soalku sambil menjeling ke arah Neo yang sedang memandu itu. Neo merupakan junior photographer untuk majalah Oppa dan selalunya dia ditugaskan untuk mengikut aku. Bermula dari tugasan pertama aku sejak tahun pertama aku bekerja dengan Ideafly Group, memang Neo yang akan selalu ditugaskan bersama-sama dengan aku.

"Mana ada orang tulis diari zaman sekarang ni Kak Yaya. Ni zaman paperless dah. Zaman digital yang semuanya di hujung jari je." Komen Neo dengan kepala yang digeleng-gelengkan. Sesekali dia mengetuk-ngetuk perlahan stereng kereta Proton Iriz miliknya itu.

"Sebab akak suka tulis diarilah akak boleh jadi seorang journalist yang berjaya macam sekarang ni." Balasku dan Neo sambung ketawa.

"Apa? Kenapa gelak?"

Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.

"Siapa nama lecturer yang kita nak interview ni?"

"Dr Aydin."

"Doktor?"

Aku pandang sekilas riak wajah Neo atau nama sebenarnya Nufail.

"Doktor yang ada Ph.D. Akak tahu daripada Abang Mat yang Dr Aydin ni muda-muda dah ada Ph.D so memang sesuai sangatlah nak muncul untuk special column majalah Oppa sempena Hari Guru ni. Kalau dia nak, kita boleh jadikan dia as main cover magazine."

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now