Bab 20

901 67 15
                                    

AKU SINGGAH di bengkel kereta terlebih dahulu untuk mengambil keretaku yang sudah siap sebelum ke Taylor's Lakeside Campus untuk memulakan persiapan untuk column baru majalah Oppa untuk edisi bulan depan seperti yang dijanjikan dengan Aydin.

"Saya akan draftkan dulu entri column ni sebelum saya hantar kepada editor saya. Untuk sesi photoshoot awak, saya dah slotkan dengan studio Ideafly hari Sabtu pagi minggu ni." Tuturku sambil menaip reminder pada kalendar iPad supaya aku tidak terlupa.

"Okay, noted." Balas Aydin pendek sebelum suasana di dalam bilik pejabat Aydin kembali senyap.


Eh, senyap? Senyap semacam sangat ni.

"Dear Diary."

Suara garau yang menyebut dua patah perkataan itu sudah membuatkan darahku berderau. Terus anak mataku membulat apabila diari merah jambu itu berada dalam pegangan Aydin. Macam mana pulak diari aku boleh ada dengan dia ni?

Ini kod merah darah ni!

"Today I saw him again. That nerd yet hot guy." Aydin mula membaca perlahan.

"Aydin! Bagi balik diari saya!" Tangan aku sudah mula merampas diari tersebut. Kalau koyak terbelah dua pun aku redha selagi Aydin tidak membaca apa yang sudah kutulis di dalam diari tersebut.

"Siapa?" Soal Aydin. Kali ini anak matanya memandangku tajam.

"Siapa apa?" Soalku kembali. Anak mataku masih pada diari merah jambu tersebut. Sabarlah wahai diari, Cik Yaya ni akan selamatkan awak daripada 'penceroboh' ini.

"That nerd yet hot guy." Diari merah jambu itu kelihatan semakin erat dalam pegangan Aydin.

"Dr Aydin, awak tahu tak?"

Aydin jungkit kening; langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu memulangkan diari tersebut kepada tuannya a.k.a aku yang sudah berpeluh-peluh ini.

"Awak boleh baca semua buku yang wujud di dunia ni tapi diari ni bukan kategori buku. Awak ada nampak orang letak diari kat library untuk dibaca? Tak ada kan? Jadi, diari saya ni tak boleh dibaca. Ikut suka hati sayalah nak tulis apa pun dalam tu. Diari saya so hak sayalah." Aku mula membebel-bebel dalam satu nafas.

Tiba-tiba Aydin ketawa seronok dan dengan mudahnya diari merah jambu itu diletakkan di hadapanku.

"Awak pernah tengok tak memek muka awak bila bercakap laju macam bullet train tadi?" Soal Aydin dengan senyuman mengusik di hujung bibir.

Terus aku mengerutkan dahi. Gila ke apa dia ni?

"Hidung awak kembang kempis tadi. Lepas tu muka merah padam. Dah macam kepala kereta api." Usik Aydin selamba.

Kali ini anak mataku bertambah bulat.

"Aydin Noah!"

"I guess it right."

"Eeee...awak merepek apa pulak ni?"

"Saya teka dengan betul nama that 'nerd yet hot guy' dalam diari awak tu kan?"

"Eh, saya tak sebut nama siapa-siapalah tadi."

"Ada, tak sampai lima saat pun awak sebut nama dia tadi."

Aku mengetap bibir, geram! Dia ni memang pandai memanipulasi keadaan betullah!

"Simpan elok-elok diari awak tu supaya tak tercicir macam tadi. Nasib baik saya yang jumpa. Kalau orang lain yang jumpa? Memang habislah rahsia awak dekat dalam tu. Awak takkan jumpa dah diari awak tu." Balas Aydin sambil menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dia berpeluk tubuh memandang aku yang cepat-cepat menyimpan diari merah jambuku ke dalam beg dan dizip rapat.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now