Bab 13

869 75 7
                                    

"THANK YOU, Yaya. Susahkan you je sebab you kena hantarkan my copy sampai ke Bangi ni." Aariz menyambut majalah Oppa edisi bulan Mei itu sambil tersenyum lebar. Terus dia menyelak helaian majalah sambil mencari-cari ruangan column yang kutulis. Aku perhatikan sahaja reaksi Aariz yang sedang tersenyum-senyum sambil membaca sesi interviu tempoh hari. Berbeza betul reaksinya dengan Aydin tempoh hari.

"Nasib baik you tak passkan my copy dekat Aydin sebab I tahu dia memang takkan bawak balik rumah punya. Sebab I memang tak nampak pun majalah yang you dah bagi ke dia tu dekat rumah." Tambah Aariz lagi dan menyambung bacaannya.


Tiba-tiba aku terasa sedih pula. Maksudnya memang Aydin tak menghargai titik peluh aku?

"Eh, Yaya. Sorry, I don't mean it in a bad way tapi Aydin tu pemalu orangnya. Dia seganlah tu kalau ada family gathering kat rumah dan ada orang lain terbaca majalah tu. Perangai dia memang reserved macam tu sikit. You jangan risau, I akan bawak balik majalah ni dan letak dekat ruang tamu supaya orang lain nampak." Terang Aariz dengan riak wajah yang nampak serba salah.

"Oh, patutlah." Terus tak jadi nak sentap. Rasa nak tergelak pula dengan ayat terakhir Aariz.


Jeda dan kedengaran bunyi helaian majalah yang diselak.

"Aariz, saya nak tanya sikit."

"Tanya apa? Pasal hari tu ke?" Soal Aariz pantas dan majalah di tangan terus ditutup dan diletakkan di atas meja kerjanya.

Hari ini sepatutnya aku singgah di ofis Aariz sekejap sahaja semata-mata untuk menghantar majalah Oppa ini kepada Aariz. Lagipun hari Sabtu minggu ini Nia tidak ada kelas berenang seperti biasa. Dah alang-alang aku rajin nak keluar rumah dan ditambah dengan curiosity aku tentang Aydin yang tergendala tempoh hari, aku datang juga ke sini.

"Apa sebenarnya yang Aydin dah cerita dengan awak tentang saya?"


Terus meleret senyuman Aariz sebaik sahaja mendengar soalanku. Dia mengecilkan sepasang matanya sambil memandang aku lama. Terus aku rasa berdebar dengan apa yang bakal keluar daripada seular bibir Aariz.

"Jangan risaulah, Yaya. Dia tak cerita apa pun tentang you dekat I. I pun baru tahu tentang you hari yang you datang interviu tu. I sebenarnya pelik jugaklah bila dia tiba-tiba cakap yang you stalk dia dalam LRT la, pasal diarilah."


Ceh, aku kena game rupanya!

"Tapi Yaya, memang betul ke you stalk dia dalam LRT? Means korang memang naik LRT yang sama-sama ke? Waktu yang sama jugak?"

"Tak betullah, Aariz. Mana ada saya stalk dia. Kembar awak tu yang syok sendiri. Ingat saya ni tak ada benda lain nak buat ke?"


Terus Aariz tergelak-gelak.

"So, kalau you tak stalk dia maksudnya memang korang berjodohlah kan?"


Eee...pandai pulak dia ni putar belitkan apa yang aku baru cakap.

"Kiddinglah, Yaya. Janganlah serius sangat." Balas Aariz dan tersengih.

Terus aku mengeluh perlahan. Memang pasangan kembar seiras ni suka sangat bergurau ke? Tapi gaya bergurau tu tak macam bergurau langsung.

"Aariz, saya nak tanya sikit."

"You nak tanya tentang Aydin ke?"


Aku senyap dan terus kulit wajah sendiri terasa membahang.

"You jangan ambil hati ya, Yaya. I ni memang suka sakat orang sikit especially dengan orang yang I dah rasa selesa."


Aku terkebil-kebil; tak pasti nak rasa terharu ataupun tidak cuma sejujurnya aku juga mula rasa selesa bersembang dengan Aariz yang sememangnya peramah dan gila-gila itu tapi kuat menyakat.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now