Bab 6

915 66 13
                                    

AKU MEMANDANG kosong skrin Macbook Air yang terbuka sejak tadi. Laman draft column yang masih bersih tanpa sebarang huruf itu kupandang. Kad nama Nancy Yong; PR executive daripada Taylor's University itu kupandang lama. Terus aku teringat kembali perbualanku dengan Nancy petang semalam berkenaan dengan Dr Aidid.

Dr Aidid yang disarankan oleh Abang Mat itu berada di Australia selama seminggu sempena pembentangan kajian akademik dia. Memang aku tak boleh nak tunggu selama seminggu memandangkan deadline draft column ini perlu dihantar kepada Kak Dee dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Atau aku patut minta tolong Nancy untuk slotkan satu sesi interview dengan Dr Aydin semula? Dah alang-alang tersalah pilih dia; eloklah pilih terus kan? Umpama alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ataupun aku patut tukar idea untuk headline column bulan depan?

"Angahhhh..."

Aku angkat wajah dan kelihatan Nia; puteri sulung abang long yang berusia lapan tahun itu sedang tersenyum menayangkan barisan gigi susunya. Dia sudah siap dengan pakaian renangnya yang berwarna merah jambu dengan rambut ditocang satu.

"Nia sengih-sengih ni sebab nak ponteng swimming class lagi ke?" Usikku memandangkan Nia tidak pernah kering dengan idea untuk mengelat daripada menghadiri kelas berenang di Cheras.

"Bukanlah, angah." Jawab Nia dan duduk bersila di sebelahku. Dia turut mengintai skrin komputer ribaku.

"Kalau macam tu, kenapa tak pergi kelas lagi ni? Bukan ke kelas Nia pukul 8.30 pagi?" Aku menjeling jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi.

"Angah hantarkan boleh?" Bulat sepasang mata itu memandangku.

"Daddy Nia kan ada?" Balasku malas memandangkan aku ini sejenis manusia yang suka berehat di rumah sewaktu hari minggu. Kalau tidak pun, aku akan pergi melepak di rumah keluarga Sarah yang terletak tidak jauh daripada rumah abang long ini.

"Daddy busy dengan kerja dia dekat atas."

"Mummy?"

"Mummy busy dengan adik."

"Acu Ijat?"

"Acu tu lagilah busy, angah."

"Hah? Busy apanya?"

"Busy tidur." Jawab Nia sambil tergelak-gelak. Pandai betul budak kecik ini menjawab.

"Jomlah angah." Tangan halus Nia menarik-narik tanganku. Sejak tadi tidak lepas-lepas dia menarik tanganku.

"Sejak bila Nia rajin nak pergi swimming class ni? Dulu suka sangat ponteng. Bagi alasan takut airlah, tak nak jadi macam mermaidlah." Usikku sambil anak mata masih pada skrin laptop.

"Eh, Nia tak pontenglah. Nia cuma takut dengan sir yang ajar swimming tu. Dia garang macam mak tiri Cinderella."

Aku sudah menggelengkan kepalaku. Ada sahaja jawapan yang keluar daripada dua ulas bibir comel yang suka berceloteh ini.

"Habis tu, sekarang ni tak takut pulak?" Aku memusingkan tubuh memandang Nia. Dia sudah siap mengenakan pakaian renang berwarna merah jambu.

"Tak takut langsung. Sir ni baik sangat, angah. Kawan-kawan Nia semua suka dia ajar berenang." Nia koyak sengih.

"Jomlah, angah hantarkan." Akhirnya aku bangun dari dudukku.

"Yeayyy!!!" Nia sudah melompat-lompat setempat sambil menarik-narik tanganku.

Selalunya, memang aku yang menghantar Nia ke kelas renangnya yang diadakan di Kompleks Renang Kuala Lumpur memandangkan kak long akan sibuk menguruskan rumah pada pagi Sabtu.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now