Bab 2

1.1K 64 2
                                    

Kuala Lumpur, April 2019...


FITBIT ALTA HR di tangan kanan kuangkat sedikit; tertera digit 7.45 AM. Dari jauh sudah kelihatan kepala koc LRT dan aku mengorak senyum sendiri sambil membetulkan handbag yang disilang di bahu kanan.

Memandangkan stesen LRT Gombak ini merupakan stesen yang pertama, dapatlah aku tempat untuk duduk. Orang di kiri dan kananku sibuk dengan telefon pintar masing-masing sementara aku sibuk mencari diari berwarna merah jambu daripada dalam handbag.

Sebaik sahaja LRT berhenti di stesen Taman Melati, berpusu-pusu manusia masuk ke dalam perut LRT. Saat ini anak mataku menangkap satu susuk tubuh tinggi lampai yang memakai baju kemeja berwarna biru dan dipadankan dengan seluar slack hitam. Tangan kananku yang sejak tadi sudah bersedia dengan pen, mula menulis di atas diari.



Dear diary,

Hari ini memang tepat pukul 8 pagi Encik Ulat Buku terpacak di dalam lrt. As usual; dengan buku di tangan kanan dan headphone Beats hitam di telinga.



Aku berhenti menulis dan mengangkat wajah memandang lelaki yang kugelar sebagai 'Encik Ulat Buku' yang duduk tidak jauh daripadaku. Sebaik sahaja lrt berhenti di stesen LRT Damai, dia bangun dan memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita mengandung. Aku sengih sebelum sambung menulis.


Dear diary,

How can a guy be so charming with a book in his hand and act like a gentleman? Siapa kata watak lelaki macam ini cuma wujud di dalam novel sahaja? Encik Ulat Buku inilah bukti yang lelaki edisi ini wujud di alam nyata. Kak Dee patut jumpa dengan Encik Ulat Buku supaya dia tak memperlekehkan watak hero-hero di dalam novel yang kononnya tak logik dek akal!



Apabila LRT berhenti di stesen KL Sentral, cepat- cepat diari kusimpan elok di dalam handbag dan bersedia untuk keluar. Disebabkan memang ramai orang yang berpusu-pusu mahu keluar dari dalam LRT pada masa itu, aku dirempuh dari arah belakang dan hampir terjatuh. Nasib baiklah ada orang yang memegang kuat tali handbagku, sekaligus menahan aku daripada terjatuh.

"Are you okay?"

Aku sudah ternganga apabila suara yang garau itu kedengaran di tepi telinga. Inilah pertama kali aku mendengar suara lelaki ini selepas hampir tiga minggu aku menyedari kehadiran dia di antara ramai pengguna LRT ini. Dia selalunya akan naik LRT di waktu yang sama.

"Encik ulat..." Terus aku mengaplikasikan fungsi brake mulut apabila lelaki ini sudah berkerut-kerut memandang aku. Nasib baik tak tersasul sebut ulat buku!

"Saya okey. Terima kasih!" Aku cuba senyum sambil membetulkan handbag.

Encik Ulat Buku mengukir senyum; menyerlahkan barisan gigi yang dihiasi dengan pendakap gigi. Apabila dia tersenyum, sepasang anak matanya turut mengecil. Comel!

"Alright then. Jalan elok-elok."

Dan... dia terus berlalu meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil. Saat ini aku terasa sepasang kakiku seperti tidak berpijak pada lantai LRT ini.


***


Beria-ia Kak Dee menggelakkan aku sehingga tersedak air teh tarik dia sebaik sahaja aku habis bercerita tentang kejadian di dalam LRT pagi tadi. Over betul!

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now