Bab 15

881 71 9
                                    

"CIK NI dah hampir-hampir nak jadi mangsa sindiket langgar kereta." Beritahu pegawai polis bertugas yang memakai tag nama 'Ibrahim' itu.

"Sindiket langgar kereta?" Soalku dan berpandangan dengan Sarah yang sejak tadi duduk di sisiku. Selepas aku memberitahu Aydin yang aku ada di Balai Polis Kelana Jaya, dia muncul dengan Sarah dan Neo.

"Memang dah pernah ada banyak report accident kereta menggunakan nombor plat yang sama, model kereta yang sama. Bagi yang takut, terus settle dengan bagi duit dekat geng diorang. Bagi yang tak mudah percaya, datang buat report dekat balai polis. Kalau cik tengok sendiri, tak nampak pun batang hidung diorang kat sini kan?" Jelas Korporal Ibrahim.


Aku berpandangan dengan Aydin dan dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Selalunya modus operandi diorang ni sama je. Diorang akan target pemandu kereta wanita yang memandu seorang diri dan sewaktu hari hujan macam tadi. Jadi, berhati-hatilah ya."

"Terima kasih, tuan." Aku bangun dan mengatur langkah ke pintu keluar Balai Polis Kelana Jaya.

"Kau okey tak ni, babe? Muka kau pucat tau tak?" Soal Sarah sambil memandang wajahku lama. Jelas dia sedang risaukan aku.

"Kepala terhantuk sikit je dekat tepi tingkap tadi. Tak ada apa-apalah." Jawabku sambil tersenyum lemah.

"Akak nak pergi klinik tak ni? Kutlah ada gegar apa-apa ke?" Soal Neo pulak.

"Tak payahlah. Setakat terhantuk sikit je." Jawabku.

"Yaya, sejak bila pulak speed dial nombor 1 dekat phone kau bukan adik kau?" Bisik Sarah perlahan sambil mencuri pandang ke arah Aydin.

"Manalah aku tahu. Kau tanya si mamat Neon ni. Sah, dia punya kerja!" Kali ini aku menjegilkan mata ke arah Neo. Patutlah tadi nak pinjam telefon aku. Rupa-rupanya benda lain yang dia buat sekali.

Mataku terus membulat apabila Neo perlahan-lahan menyembunyikan diri di belakang tubuh tegap Aydin. Terus dia menikus di belakang tubuh Aydin.

Hampeh punya budak!

"Yaya, awak sure ke ni tak nak pergi klinik? Muka tu dah pucat semacam." Kali ini kedengaran suara Aydin yang agak tegas. Sarah di sebelahku sudah mencucuk-cucuk perlahan hujung pinggangku.

"Errr...Aydin. Saya..."

Suaraku tersekat-sekat. Sejak bila kosa kataku tiba-tiba kosong? Melihat riak wajah Aydin yang nampak tegang itu, aku pula yang rasa takut!

"Thank you." Tutur Aydin pantas.

"Hah?"

"Bukan awak nak cakap thank you?" Kening yang terbentuk cantik itu kelihatan berkerut.

Bukan setakat 'thank you' yang aku nak cakap tetapi kalau boleh 'I love you' sekali. Parah betul kau ni, Yaya! Mentang-mentanglah baru lepas terhantuk kepala tadi.

Nasib baik jugaklah Neo gatal-gatal menukarkan speed dial nombor 1 aku kepada Aydin. Apabila Aydin muncul di balai polis sejak sejam yang lalu, dia yang banyak membantuku sebelum Neo sampai dengan Sarah.

"Awak tahu kan sekarang ni memang ada sindiket jahat macam tadi tu? Buat-buat macam kes langgar kereta tapi sebenarnya memang diorang ni dah plan untuk langgar kereta awak supaya diorang boleh dapat duit."

Aku senyap. Manalah aku tahu!

"Cik Yaya, don't trust people easily. Don't trust people too much. Awak kena ada rasa doubt dengan orang lain jugak."

"Tapi bukan semua orang ada niat jahat macam diorang tu. Jadi saya pun tak boleh percayakan awak jugaklah?"

Aydin tersenyum segarit.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now