Bab 7

933 63 10
                                    

AKU MEMERHATIKAN sahaja telatah Kak Dee yang asyik mengunyah gula-gula getah itu. Gaya Kak Dee ni memang tak nampak gaya ketua editor langsung. Gaya ala-ala gengster adalah. Sewaktu aku mula-mula bekerja di bawah Kak Dee dulu, aku ingatkan dia ni garang. Garang tu tak tapi loqlaq tu ya.

"Macam mana ni, kak? Saya ingat nak tukar headline column je." Soalku sekali lagi. Aku memang dah pasrah habis.

"Macam tulah. Lagipun Yaya tak start apa-apa lagi kan? Interview pun akak dengar cerita tak jadi haritu." Jawab Kak Dee tenang; tak sama dengan aku yang sememangnya tidak tenang sejak minggu lepas.

"Memang tak jadi interview pun sebab salah orang."

"Sebab tu akak nak berterima kasih dekat Yaya."

"Berterima kasih sebab hampir salah nak interview Dr Aydin yang kita ingatkan Dr Aidid?" Tidak berkelip-kelip aku memandang Kak Dee yang masih nampak tenang. Telinga aku salah dengar ke?

"Bingo!"

Tanganku automatik naik menggaru kepalaku sendiri. Bingo apanya? Otak aku dah naik biul dah ni.

"Takdir hidup yang Allah susun ni memang dah cantik dah untuk kita. Expect the unexpected gitu." Tambah Kak Dee lagi. Tiba-tiba dia merenung ke luar tingkap di kawasan pantri.

Pulak!

"Bos suka sangat dengan idea Yaya tu." Kali ini pandangan mata Kak Dee kembali fokus kepada aku.

"Idea apa pulak ni kak?" Sekali lagi aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku belum sempat lagi cadangkan idea baru untuk menggantikan Dr Aidid yang tidak ada di Malaysia selama seminggu.

"Idea tersalah interview Dr Aydin tulah." Kak Dee koyak senyum meleret sambil jari-jemarinya lincah menaip sesuatu pada skrin telefon pintarnya.

Sumpah memang tak faham! Kak Dee tidak tahu yang disebabkan 'idea' tersalah interview itu aku dah segan nak naik LRT dan hampir terjun ke dalam kolam hari Sabtu baru-baru ini.

"Bos kata Dr Aydin tu ada kembar seiras. Kembar seiras yang memang seiras gila. Aydin Noah dan Aariz Najmi. Seorang genius matematik dan seorang lagi fashion genius. Cuba bayangkan kalau kita dapat jadikan these handsome twins sebagai front cover majalah Oppa bulan depan? Memang terbaik! "

"Dr Aydin ada kembar?" Soalku; terkejut. Aku pandang wajah teruja Kak Dee yang tidak putus-putus tersenyum sejak tadi. Bos aku tu pulak; macam manalah dia boleh tahu yang Aydin ada kembar seiras?

Kali ini Kak Dee menyerahkan telefon pintarnya kepada aku. Terpampang di hadapan mataku dua orang lelaki yang berwajah seiras dengan Aydin a.k.a encik ulat buku. Terus aku ternganga sendiri sambil memandang Kak Dee.

"Seiras gila kan? Perasan tak apa yang lain?"

Aku kembali menatap skrin telefon pintar dengan rasa terkejut yang masih tidak hilang.

"Warna anak mata." Jawabku perlahan. Aydin yang mempunyai anak mata hitam pekat sebaliknya Aariz mempunyai anak mata berwarna hazel.

"Bingo!" Terus Kak Dee memetik jarinya di hadapan aku.

"So, bos nak Yaya in charge untuk write up on both Aydin dengan Aariz. Set time untuk interview both of them dan bawak sekali Neo untuk photoshoot. Bos sendiri yang nak diorang berdua ni jadi front cover magazine Oppa bulan depan."

"Haaaa???" Kali ini otak aku betul-betul terasa nak jadi biul!


***

Sarah yang sedang berdiri di sisi meja kerjaku itu sudah ketawa seronok mendengar ceritaku. Minah ni tak pernah tak terhibur.

"So kau tak dapat contactlah encik ulat buku kau tu?"

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now