Bab 12

844 65 13
                                    

"Taraaa..." Aku menarik kerusi di hadapan Sarah yang tekun menghadap skrin komputer ribanya. Senaskah majalah yang baru sahaja dihantar siap dicetak kutayang di hadapan Sarah.

"Masya-ALLAH, sistur! Dah siap printing ke? Sejuknya mata aku memandang front cover majalah Oppa untuk bulan depan ni." Sarah mengambil majalah Oppa yang jelas memaparkan Aydin dan Aariz di bahagian muka depan.

"Bila siap printing ni?" Sarah mula menyelak helaian demi helaian.

"Ni fresh from the oven tau. Baru je sampai dari kilang printing tadi."

"Aku rasalah kan encik ulat buku kau dengan kembar dia ni dah boleh jadi model part time. Cukup pakej betul. Inilah yang orang putih panggil beauty with the brains."

"Dah, dah. Pulangkan balik majalah tu."

"Eh, kejaplah. Aku nak baca final column yang kau tulis untuk diorang tu jadi macam mana lepas kena sunting dengan team editorial." Sarah terus menyelak ke bahagian tengah majalah di tangannya sebelum dia mula membaca.

"Babe, pandai gila encik ulat buku kau ni! Mak dia bagi makan apalah agaknya kan? Kita ni kan, nak habiskan degree pun rasa macam dah setengah nyawa." Komen Sarah spontan. Terus aku ketawa mendengarkan komen Sarah. Itu yang aku fikirkan sewaktu sesi interviu tempoh hari.

"Dahlah handsome, pandai, baik hati pulak tu."


Eh, eh, Sarah ni!

"Dahlah, kau ni. Pulangkan balik majalah tu."

"Ala, kejaplah. Aku tak habis baca lagi. Eh, mana part yang soalan berkaitan dengan wanita idaman tu? Kenapa tak ada pun kat sini?" Sarah menyelak pula halaman yang seterusnya.

"Aku cut part tu."

"Hah? Kenapa kau cut pulak?"

"Dia tak menjawab soalanlah, Sarah. Dia bagi jawapan yang mengarut kut. Jadi, tak sesuai untuk kita terbitkan dalam majalah ni."


Terus Sarah tersenyum mengusik.

"Ke sebab dia sebut nama kau?"

"Sarah, cakap tu perlahan sikit boleh tak?" Aku menjegilkan biji mata ke arah Sarah tetapi seperti biasa dia hanya ketawa.

"Bila nak start distribute ke luar?"

"Sama ada hari ni ataupun esok sebab Isnin minggu depan dah last day of the month."

"Ni aku punyalah kan?"

"Eh, ni aku punyalah. Aku datang ni nak tunjuk dekat kau je. Kalau kau berminat, kenalah beli cik kak. Support sikit boleh tak?" Usikku dan Sarah mencebik.

"Ni nak pergi mana pulak ni?"

"Aku nak pergi Taylor's University kejap lagi. Nak bagi satu copy dekat team PR universiti dengan satu lagi dekat Aydin. Babe, kau doakanlah Aydin tu lembut hati nak setuju untuk column baru majalah Oppa ni. Aku tengah fikir nak cakap macam mana dengan dia."

"Yalah, yalah. Aku doakan yang lembut hati dia nak terima kau."


Jeda dan Sarah ketawa lagi walaupun aku sudah bercekak pinggang memandang Sarah.

"Eh, silap doa pulak. Aku doakan supaya lembut hati dia nak bekerjasama dengan kau untuk column baru kau tu."

"Haaa...barulah betul!"

"Dan, lembut hati untuk terima kau jugak."

"Sarah Aulia!"

Sarah terus tayang sengih lawa.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now