Bab 14

890 65 17
                                    

"TAK SANGKA pulak yang kerjasama akak dengan Cik Nancy tu bersambung sampai macam ni sekali kan. Memang rezeki majalah Oppa betul." Komen Neo selepas selesai sesi photoshoot kawasan kampus dengan team PR Taylor's University.

"Sebab tu kita ni kalau buat kerja kena buat dengan sepenuh hati. Kalau kita buat kerja betul-betul, orang lain pun boleh rasa keikhlasan kerja kita tu. Jadi, kena kurangkan main game handphone tu jugak." Usikku dan Neo terus tersengih dan menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Tak habis-habis nak 'berperang' dengan geng PUBG dia.

"Kita asyik pi mai pi mai universiti ni buat saya rasa rindu nak sambung belajar je." Cepat-cepat Neo mengubah topik sambil anak matanya menerawang ke sekitar kawasan kampus Taylor's University.

"Akak pun rindu jugak zaman degree dulu. Waktu tu cuma fikir nak study je." Sokongku sambil langkah kaki dibawa ke kawasan foyer utama kampus. Langit sudah bertukar gelap dan cuaca sememangnya sedang mendung.

"Tapi, kalau akak datang sini pun kira boleh melepas rindulah jugak."

Berkerut-kerut dahi aku memandang Neo yang sedang tersengih-sengih.

"Melepas rindu apa pulak?"

"Dekat Dr Aydin akak tulah."

Terus aku ketawa.

"Kenapa akak gelak?"

"Nama dia Dr Aydin Noah; bukannya 'Dr Aydin akak'. Pandai-pandai je tukar nama dia."

Terus Neo mencebik. Tak puas hatilah tu.

"Bila akak nak start column baru akak tu dengan dia?" Soal Neo tidak sabar.

"Bila dia free sebab minggu ni dia busy sebab degree students nak exam. Mungkin minggu depan dia dah free sikit sebab tinggal class untuk student Masters je." Jawabku. Saat ini, anak mataku melekat pada satu figura yang mengenakan persalinan kemeja kelabu lembut dengan padanan slack hitam. Eh?

"Yaya?" Suara yang menegur itu membuatkan senyumanku terus melebar.

"Abang Sufi! Buat apa kat sini?"

Berpusing kepala Neo memandang Dr Sufi Fayyadh; abang kepada Sarah merangkap bff Abang Eidlan aku jugak. Merangkap macam abang akulah jugak disebabkan keluarga kami dah kenal lama.

"Abang dijemput untuk bagi sharing session dengan medical students dekat sini." Dia senyum sekilas pada Neo yang masih ternganga sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Yaya buat apa kat sini?" Soal Abang Sufi.

"Kerja."

"Kak, ni kan doktor yang instafamous tu?" Bisik Neo kepadaku dengan nada suara yang perlahan.

Aku angguk jugak disebabkan Neo masih lagi terkebil-kebil memandang Abang Sufi. Zaman serba milennium ini, bukan artis sahaja yang boleh jadi terkenal. Doktor perubatan seperti Abang Sufi ini jugak tidak terkecuali. Bagi aku, dia masih sama sepert next door oppa yang aku kenal sejak aku berumur 18 tahun lagi.

"Datang sini untuk cover article lecturer hot ke?" Soal Abang Sufi.

"Bingo! Mana abang tahu?"

Abang Sufi ketawa kecil.

"Abang bacalah column yang Yaya tulis untuk bulan ni. Nanti lepas ni kalau ada tema doktor perubatan handsome, bolehlah roger-roger abang pulak." Gurau Abang Sufi.

Terus aku tergelak-gelak. Level perasan bukan main tinggi lagi!

"Hah, itupun model majalah Yaya."

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now