Bab 16

925 62 23
                                    

AGAKNYA MEMANG geng-geng encik ulat buku seperti Aydin ini berat mulut. Sudahlah dia tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan balik; radio pun tak dibuka. Memang krik-kriklah suasana di dalam kereta. Agak-agaknya okey tak kalau aku je yang menyanyi? Tak adalah rasa sunyi sangat.


Aku menarik nafas lega apabila telefon pintarku berbunyi; ada satu pesanan Whatsapp baru masuk- Sarah.


'Thank me later, babe. Have a good time dengan Encik Ulat Buku kau tu. Jangan lupa esok belanja aku breakfast! ' –Sarah-


Aku ketap bibir, geram! Thank me later konon!


'Kau ni nak kena babaplah, Sarah! Kau tahu tak betapa awkwardnya aku dalam kereta dia ni? Ni rasa macam jauh sangat sebab tak sampai-sampai lagi.' –Yaya-


'Eleh, kau sebenarnya suka kan? Dah-dah, sila bersembang dengan Aydin tu.'-Sarah-


"Awak memang drive pergi ofis ke hari ni?" Disebabkan tidak tahan dengan suasana bisu di dalam kereta; aku bersuara juga. Aku batalkan niat aku untuk menyanyi sebentar tadi.

"Haah." Jawab Aydin sepatah dengan sepenuh fokusnya pada jalan raya.


Tengok, dia jawab pun sepatah je. Stress mak tahu tak!

"Bukan selalunya awak naik LRT ke?" Soalku lagi.


Terus Aydin menoleh ke arahku dengan senyum yang jelas sedang ditahan. Eh, aku salah cakap ke?

"Pagi tadi saya ada class dekat Subang campus dan waktu petang pulak dekat Lakeside campus. So nak senang bawak jelah kereta sebab malas nak naik public transport. Nasib baik jugak saya drive hari ni kalau tak macam mana saya nak tolong awak tadi." Fokus mata Aydin kembali ke jalan raya.

"Cakap pasal tadi tu, terima kasih sangat-sangat. Nasib baik awak ada untuk tolong saya." Balasku dan senyum walaupun aku rasa Aydin tak nampak pun yang aku tengah tersenyum lawa sekarang ni.

"Okey, kasih diterima."


Eh? Eh?

Terus aku memandang Aydin yang nampak tenang memandu.

"Yalah dah awak cakap 'terima kasih sangat-sangat' tadi. Saya 'terimalah'." Balas Aydin selamba.


Terus aku ketawa. Okey, yang ni memang dia bergurau dan memang kelakar.

"Tapi, awak sure ke awak okey ni?" Soal Aydin tiba-tiba. Kali ini nada suaranya kedengaran bimbang.

"Okey je."

"Manalah tahu sekarang ni memanglah awak rasa okey tapi dah lama-lama nanti baru awak akan rasa sakit dekat tempat yang terhantuk tu."


Alololo, macam manalah aku tak senang jatuh hati? Gatai hang naa, Yaya!

"Kenapa awak senyum macam tu?" Soal Aydin. Alamak, dia nampaklah pula aku tengah tersenyum tadi.

"Tak apa sebab kak long saya tu doktor. Nanti saya minta tolong dia checkkan dekat rumah kejap lagi."


Keadaan di dalam kereta bertukar senyap semula. Suasana senyap ini berterusan sehinggalah aku sampai rumah. Bayangkanlah betapa lemasnya aku rasa. Terus rasa macam nak menyanyi semula.




"Rumah saya yang corner lot tu." Beritahuku sebaik sahaja kereta yang dipandu semakin mendekati deretan rumah abang long.

"Okey, dah sampai." Kereta berhenti dan Aydin menukar gear sebelum
menarik handbrake.

"Terima kasih sekali lagi."


Aydin senyum. Ala, ingatkan dia nak cakap lagi 'kasih diterima' seperti sebentar tadi.

"Small matter. Have a good rest."

"You too." Aku membuka pintu kereta dan melangkah turun.

"Jumpa esok dekat LRT."

"Hah?"


Terus Aydin tergelak kecil. Bak kata Sarah; Aydin gelak nampak braces pun masih handsome. Aku masuk ke dalam rumah dan mengunci semula pintu pagar dan barulah kereta Aydin berlalu pergi.




"Yaya? Akak tak dengar bunyi kereta Yaya pun?" Tegur Kak Diyana yang sedang menonton televisyen bersama-sama Nia yang sedang membuat kerja sekolahnya.

"Angahhh!!! Lambatnya angah balik." Nia bangun dan terus berlari mendapatkan aku di muka pintu sebelum tubuhku dipeluk kuat.

"Aduh, Nia! Sakit!" Saat ini barulah aku terasa sengal di bahagian belakang tengkukku.

"Nia tak buat apa-apa pun, angah. Nia peluk angah je." Takut-takut Nia memandangku. Terus aku mengusap perlahan kepala Nia sambil tersenyum memandangnya.

"Yaya accident tadi, kak long." Ceritaku sambil memimpin Nia ke ruang menonton televisyen semula.

"Hah? Accident? Accident kereta ke?" Soal Kak Diyana dengan raut wajahnya yang sudah berubah.


Aku angguk dan mula bercerita apa yang telah berlaku.

"Duduk sini, akak nak tengok." Kak Diyana tarik perlahan tanganku supaya duduk di hadapannya.

"Kalau akak tekan macam ni sakit tak?" Soal Kak Diyana sambil menekan-nekan kawasan belakang tengkuk dan tepi kepalaku.

"Sakit tu taklah, tapi ada rasa sengal." Aku koyak sengih sebab tahu Kak Diyana akan mula membebel macam mama yang jauh nun di Langkawi sana.

"Sakitlah tu. Degil sangat tak nak pergi klinik kenapa?" Kak Diyana bercekak pinggang memandang aku.

"Tak naklah, kak. Bukannya teruk mana pun. Lagipun Dr Diyana yang tersayang kan ada ni." Aku sengih lagi.

"Nanti akak bagi ubat sapu yang berangin tu. Lepas mandi dan solat Yaya terus sapu. Kalau esok bengkak ke apa, kena pergi klinik."


"Yes, doc!"

Kak Diyana hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Habis tu kereta Yaya mana?"

"Neo tolong hantar pergi bengkel terus tadi. Bumper depan Jazz Yaya tu dah senget sebelah. Sisi depan bahagian kanan kereta pun kena ketuk dan cat balik. Nasib baik tak kena bahagian enjin."

"Macam-macamlah idea orang jahat zaman sekarang." Kak Diyana hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Ni Yaya balik rumah macam mana? Dengan Sarah ke?"


Ni yang aku segan nak cerita sebab level 'bawang' Kak Diyana ni sama level dengan mama aku. Kak Diyana pula level 'bawang' dia kategori drama Korea pulak tu.

"Bukan kak sebab Sarah kena balik rumah kakak dia dekat Putra Heights. Jadi, ada orang lain tolong hantarkan tadi." Jawabku dan mula bangun daripada dudukku. Di dalam kepala dah plan nak cepat-cepat naik ke bilikku.

"Taulah orang yang tolong hantarkan. Takkanlah kucing pulak." Komen Kak Diyana dan Nia turut tumpang gelak. Tak padan dengan budak kecik!

"Siapa yang hantarkan Yaya tadi?" Soal Kak Diyana. Dia siap memperlahankan suara televisyen yang sedang menyiarkan drama Korea. Bukan main lagi!

"Yaya naik atas dululah ya, nak mandi dengan solat." Jawabku pantas.

"Kejap, kejap. Yaya tak jawab lagi soalan akak." Kak Diyana sudah berpeluk tubuh memandang aku. Alamak, ni yang aku lemah ni.

"Tu, dia yang tolong hantarkan Yaya." Aku mengarahkan isyarat mata ke arah majalah Oppa edisi Mei yang terletak di atas coffee table.

"Dia yang mana pulak ni?" Kak Diyana mengambil majalah tersebut dan merenung lama muka depan majalah.


Terus matanya membulat memandang aku.

"Yayaaaaa! Seriuslahh?"

"Bye, kak long! Yaya naik dulu!" Terus aku cabut naik ke tingkat atas.

Encik Ulat Buku (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now