Seminggu peristiwa di syarikat itu berlalu dan aku masih belum jumpa kerja yang sesuai jadi buat sementara waktu aku membantu Hawa di kedai keknya. Hawa semakin sibuk kerana mendapat pelbagai tempahan kek yang perlu disiapkan.
Mungkin disebabkan aku bergaduh tempoh hari menyebabkan Allah lambat ka rezeki aku tapi memang patut aku ajar lelaki tak guna macam dia.
Kring! Kring!...
Telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan yang masuk jadi aku cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.
" Hello ni Puan Tiara Amani ke? "
" Ye itu saya, boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap? "
" Saya wakil syarikat AI yang puan temuduga tempoh hari. Syarikat kami telah memilih puan sebagai calon yang terpilih untuk bekerja di syarikat kami "
" Apa?! Saya dapat kerja tapi macam mana " aku terkejut tiba-tiba aku diterima kerja bukan aku gaduh dengan diorang ke?
" Puan di pilih sendiri oleh Tuan Aysar jadi Puan di minta untuk melaporkan diri pada hari esok jadi datang sebelum pukul 8:00 pagi "
" Okay baik terima kasih "
Aku meletakkan telefon bimbit aku. Aku tak tahu apa yang perlu buat sekarang buntu dengan secara tiba-tiba sahaja aku mendapat kerja tersebut. Hawa yang baru muncul menampar bahu aku.
" Aduh! Sakit lah Hawa kau punya tangan ni aku kerat kang "
" Aku gurau sikit je yang kau mengelamun ni dah kenapa. Siapa yang telefon kau tadi? "
" Hmmm... Syarikat yang aku temuduga haritu staf syarikat tu telefon aku kata aku dapat kerja esok aku kena lapor diri. Eh gilalah aku pening kau tahu tak macam mana aku boleh dapat kerja dekat situ "
" Alhamdulillah rezeki kau Amani alah kau lupa je lah kisah gaduh kau tu yang pasti sekarang kau dah dapat kerja dah boleh buat nak tolong ibu dan abah kau kat kampung "
" Tapi aku rasa macam hmm "
" Dah kau kena ingat ni Allah dah kasi rezeki kat kau jadi jangan kau nak tolak rezeki kau macam tu saja "
" Baiklah Cik Hawa saya akan pergi kerja dekat syarikat tu okay "
" Bagus macam ni baru Puan Tiara Amani "
" Kau jangan nak menggedik nak panggil ' puan ' bagai aku geli "
🌼🌼🌼🌼🌼
Aku melangkah perlahan ke Syarikat AI banyak benda yang aku fikirkan bagaimana aku boleh mendapat kerja di sini sedangkan aku bergaduh dengan salah seorang penemuduga.
" Takkan lah dia berdendam dengan aku kot?! " Aku tercakap kuat sehingga didengari oleh beberapa orang.
Tanpa membuang masa aku terus masuk ke dalam lift . Setibanya di tingkat yang berkenaan aku terus menuju ke kaunter pertanyaan bertanya tentang aku mahu melapor diri.
" Puan Tiara Amani sila ikut saya "
Aku hanya mengikut wanita yang memanggilnya sebentar tadi.
" Maaf saya lupa nak kenalkan diri, saya Linda setiausaha Tuan Aysar "
" Ouhh.. ye ke boleh panggil saya Amani saja tak perlu nak puan-puan saya rasa macam dah tua sangat "
" Tapi umur awak berapa Amani? "
" Umur saya baru je 26 tahun tapi tu lah status panggilan saya tu berubah "

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
RomanceDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...