BAB 16

504 16 3
                                    

Aku membuka mata perlahan, terasa asing bagi aku. Aku melihat susuk tubuh seseorang yang sedang terlena di sebelah aku. Tapi aku tak mampu untuk mengeluarkan suara, sakit di badan tetap terasa.

" Amani... Kau dah sedar alhamdulillah kau tunggu sekejap aku panggil doktor " Hawa yang baru masuk ke bilik melihat Tiara sudah sedar dari pengsan.

" Pesakit sekarang berada dalam keadaan stabil, tapi dia tetap perlu ditahan beberapa hari lagi untuk dipantau. Takut-takut pesakit mengalami trauma daripada eksiden yang berlaku " ujar Doktor lalu keluar setelah memberi keterangan.

" Kau dengar kan Amani kau kena rehat banyak, badan kau lemah sekarang. Jadi kau rehat dulu ye aku pergi beli makan kat kau sekejap "

" Hawa.. " panggil aku perlahan

" Kenapa Amani kau nak request makan benda yang lain ka? "

" Tak bukan aku nak tanya dah berapa hari aku tak sedarkan diri? " Aku memegang lengan aku yang dibalut.

" Kau tak sedarkan diri hampir 3 hari, aku ni dah macam orang gila risaukan kau. Kenapa lah kau ni berani mati sangat buat kerja gila. Aku sampai dah tak tahu nak bagi alasan apa lagi kat ibu, bila ibu telefon tanyakan kau tahu tak " Hawa menahan sebak di dada dia takut dan sedih melihat keadaan Tiara yang tak bermaya.

" Dah kau jangan bebelkan aku, tapi ibu tak tahu pasal aku kan? "

" Tak, aku ni rasa bersalah sangat dengan ibu. Kau yang dah terlantar dekat hospital ni pun aku tak beritahu dekat ibu. Disebabkan janji kau dengan aku "

" Terima kasih Hawa sebab kau tak beritahu ibu dengan abah aku "

" Ishhh.... Kau ni kan baik tak bertempat sangat kenapa kau sanggup ambil risiko untuk selamat kan orang yang tak ada kena mengena dengan kau? Sekarang ni tengok tak adanya diorang datang jenguk kau, sepanjang kau tak sedarkan diri tak pernah lagi aku nampak keluarga diorang datang jenguk kau " Hawa mula tidak berpuas hati geram dan kecewa dengan keluarga Aysar, tak ada langsung datang ucapkan terima kasih atau datang melawat.

" Hawa, kau jangan lah macam ni? Mungkin diorang tengah sibuk ke atau mungkin diorang pun ada masalah nak di settelkan "

" Kau ni selalu sangat positif sakit-sakit macam ni boleh lagi fikir yang baik-baik ja "

" Dah-dah tadi kata nak beli makan kat aku, pergi beli aku lapar lah pula "

" Yelah aku pergi beli makan dulu kat kau, duduk atas katil ni diam-diam jangan nak bangun pula " Hawa keluar daripada wad Tiara dia berlalu pergi ke kafeteria yang berada di hospital.

🌼🌼🌼🌼🌼

" Darah! Da..rahhhh! Arghhh " Tiara menjerit ketika melihat lengannya mula berdarah kembali. Disebabkan dia terjatuh ketika mahu ke tandas.

" Hey! Tiara tenang jangan panik, biar aku tolong kau " Aysar yang baru tiba ke dalam wad, terkejut melihat Tiara yang menjerit bila melihat darah.

" Sa... ya tak..ut darah ni buat sa..ya ter..ingat kejadian tu " Tiara bercakap terputus-putus tangan dia menggigil.

Aysar mengangkat Tiara dan meletakkan dia di atas katil lalu menekan butang untuk memanggil jururawat.

Jururawat datang dengan cepat dan membantu untuk membalut kembali luka di tangan Tiara.

" Cik, kalau perlu kan apa-apa tekan je butang tu kami akan bantu. Cik pun masih belum stabil lagi kena banyakkan rehat " pesan jururawat tersebut Tiara hanya mengganguk faham sedangkan dia malu untuk memandang wajah Aysar.

" Saya minta diri dulu " jururawat berlalu pergi dari bilik Tiara.

Aysar yang dari tadi berdiam diri mula bersuara

" Aku nak ucap terima kasih kat kau sebab tolong selamatkan Lara, kalau kau tak ada aku tak tahu lah apa yang akan jadi kat Lara "

" Tak apa memang tanggungjawab saya sebab saya yang ambil dia dari sekolah. Saya pun cuai juga sebab kalau saya tak cari pasal dengan dia mungkin semua benda ni tak akan jadi " aku cuba untuk terangkan kesilapan aku.

" Kenapa kau nak salahkan diri sendiri Amani! " Hawa yang baru masuk dari bilik dengan membawa plastik yang berisi bubur, geram dibuatnya bila mendengar Tiara cuba salahkan dirinya menyebabkan berlaku kejadian ini.

" Betul cakap Hawa kau tak salah, memang Shahril tu tak guna dia dah lama berdendam dengan keluarga aku. Dan aku rasa tak perlu cari punca salah antara kita " ujar Aysar dia dapat melihat pandangan Hawa terhadapnya seperti tidak berpuas hati.

" Kalau macam tu baiklah "

" Sebagai tanda terima kasih, aku bagi kau cuti untuk 2 minggu. Cuti bergaji dan wang pampasan sebanyak RM 10,000 untuk segala pertolongan diberikan " Aysar sudah berniat untuk memberi pampasan atas kebaikan Tiara.

Tiara yang mendengar terkejut dengan segala pemberian, yang diberi oleh Aysar terlalu banyak untuk dia menerima.

" Banyak sangat tu Encik Aysar saya tak boleh terima, apa yang saya buat tu ikhlas saya tak pernah minta untuk diberi ganjaran sebanyak itu "

" Kau ambil atau aku buang kau kerja " Aysar berlalu keluar dia terpaksa ugut Tiara kerana dia pasti wanita itu tidak akan menerima segala pemberiannya.

" Kau Amani tak payah nak tolak sangat, dah rezeki tu jangan tolak. Ni makan bubur yang aku baru beli "

Tiara terdiam segala pemberian bosnya itu terlampau banyak tak setanding dengan apa yang dilakukannya.

🌼🌼🌼🌼🌼

" Lara macam mana Mira dah makin baik ke? " Soal Puan Melati.

" Lara dah makin baik umi, Mira risau juga takut dia trauma tapi bila tengok balik Lara ni kuat sangat dia pandai buang rasa takut dia " Mira berpaling ke arah Lara, dia melihat Lara yang terleka bermain dengan patungnya.

" Apa jadi dengan Shahril polis ambil tindakan apa? Umi risau takut dia terlepas je nanti " Puan Melati mula menunjukkan riak wajah yang tidak senang.

" Umi jangan risau polis dah tahan si tak guna tu, tunggu masa nak kena dakwa ja nanti. Umi , Mira ingat esok nak pergi melawat kak Tiara "

" Melawat? Bukan dia masih tak sedarkan diri ke? "

" Umi abang ada telefon tadi dia kata kak Tiara dah okay, jadi Mira ingat nak pergi melawat lah nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sanggup korbankan diri selamat nyawa Lara. Umi nak ikut tak? " Mira betul-betul berterima kasih dengan apa yang dibuat oleh Tiara.

" Umi rasa tak ikut kamu, sebab umi baru teringat yang ada kerja sikit nak kena buat " Puan Melati cuba mengelak dia sebenarnya tidak menyukai Tiara kerana Tiara seorang janda.

Walaupun dia tahu anaknya juga janda tapi Tiara perempuan kampung. Baginya Tiara perempuan yang akan merebut harta orang menggunakan statusnya.

" Baiklah umi, tak apa Mira boleh pergi sorang "


Perempuan jangan dilihat lemah. Kelemahan yang dianggap itu akan menjadi sumber kekuatan sebenarnya. ~chempaka ara~


BISIK PADA HATITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang