BAB 7

325 11 0
                                    

Hampir sebulan Tiara bekerja di syarikat Aysar, makin hari makin tekanan hidupnya perlu layan kerenah Aysar yang lagi teruk daripada budak kecil. Selalu sangat mencabar kesabaran.

Lagi menyakitkan hati dia perlu hadap pelbagai jenis perempuan yang keluar masuk pejabat Aysar.

" Ehh! Cik nak pergi mana ni, kalau nak masuk pejabat Encik Aysar cik kena buat temujanji dulu "

Aku melihat wanita yang memakai pakaian tak cukup kain dengan pandangan menjengkelkan.

" U siapa nak arah i suruh buat temujanji bagai ni. I ni girlfriend bos u jadi i ada hak nak masuk "

" Tapi cik tak guna cik masuk sekarang, sebab Encik Aysar ada temujanji dengan perempuan lain kat dalam tu "

Aku memandang perempuan itu dengan senyuman , sengaja mahu sakitkan hati dia.

" Apa?! " Terus perempuan itu merempuh masuk pejabat Aysar, Tiara hanya mengikut daripada belakang seolah-olah menghalang.

" Siapa perempuan ni Aysar u ni memang lelaki tak guna kan?! " Jerit perempuan yang bernama Camelia.

Aysar terus terkejut melihat Camelia masuk merempuh biliknya. Dia tak sangka dalam satu masa akan ada dua perempuan dalam biliknya.

" U tu yang siapa nak cakap boyfriend i tak guna. I ni girlfriend Aysar u jangan nak menggedik sangat "

Mereka mula bergaduh antara satu sama lain, Tiara dan Aysar melihat dengan terkejut tidak sangka akan berlaku sehingga begini.

" Cik-cik sekalian jangan bergaduh kat sini! " Tiara cuba untuk menghentikan pergaduhan antara dua wanita tersebut.

Tanpa disangka salah seorang daripada mereka telah membaling pasu bunga kecil yang terletak di atas meja kopi. Balingan tersebut tersasar dan hampir-hampir sahaja terkena pada Tiara tapi Aysar sempat menarik badan Tiara masuk ke dalam pelukannya.

" U guys dah melampau! Sekarang i nak u berdua berambus daripada pejabat i jangan cuba-cuba nak cari i lagi! "

Aysar betul-betul marah tidak sangka perempuan-perempuan ini akan menyusahkan dia sehingga hampir sahaja pekerjanya cedera.

Tiara yang baru tersedar yang dia masih dalam pelukan Aysar terus cepat-cepat menolak tubuh badan bosnya.

" Sorry, aku tak tahu pula perempuan-perempuan ni buat masalah dekat aku. Sikit lagi kau nak cedera, tapi nasib aku yang hensem ni cepat tolong kau "

Aku hanya menjeling ke arah Aysar, nak minta maaf dengan aku sempat puji diri sendiri. Dasar senget menyusahkan aku nasib tak arwah.

" Tadi kalau saya arwah kena baling pasu tu, memang saya jadi hantu cekik-cekik bos sampai mampus "

Tiara juga turut marah, dia yang tiada kena mengena pun hampir-hampir menjadi mangsa.

" Eh! Bagus juga kalau aku mati jadi hantu, kau tetap kena jadi pekerja aku "

" Dah lah saya keluar dulu, nanti nak apa-apa bos panggil je saya "

Belum sempat aku melangkah keluar, Aysar sudah memanggilnya kembali.

" Sebelum kau keluar sapu dulu kaca-kaca tu, lagi satu nanti ada perempuan nama Nani datang kau suruh dia masuk pejabat aku terus "

Terbuntang mata Tiara ingatkan bosnya akan serik dengan perempuan tapi makin menjadi-jadi tak pernah serik langsung.

🌼🌼🌼🌼🌼

Hawa sedang sibuk menyiapkan tempahan kek yang di pesan oleh pelanggan. Tiba ada suatu lelaki masuk ke dalam kedainya terus tergamam di buatnya bila lelaki itu kacak sungguh di matanya.

BISIK PADA HATITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang