Sudah 3 hari Aysar berkampung di hospital jadi hari ni dia dibenarkan pulang. Tiara tengah sibuk-sibuk kemas barang Aysar, sepanjang 3 hari dia menjaga Aysar penat dia melayan karenah Aysar yang seperti budak-budak.
" Lepas ni aku nak kau ambil aku dan hantar balik dari offices "
Terhenti kerja yang sedang dilakukan aku, tidak sangka sekarang kerja aku sebagai driver?
" Kenapa pula Encik Aysar, kan encik boleh drive sendiri? " Soal Tiara
" Tangan kanan aku ni kan tak sembuh lagi macam mana aku nak drive?! Cuba lah tanya soalan yang cerdik sikit " marah Aysar dia masuk ke dalam kereta meninggalkan Tiara menyimpan barangnya dalam bonet kereta.
" Mulut dia ni memang menyakitkan hati aku, tak gentleman langsung beg kau simpan sendiri lah. Aku ni setiausaha kau bukan bibik! "
Aku mula bebel geram nasib Aysar sudah masuk ke dalam kereta. Aku masuk ke dalam kereta dengan wajah yang kelat.
" Nak pergi mana dulu encik? " Tanya Tiara dia melihat Aysar yang duduk di tempat duduk belakang dengan muka yang kerek.
" Bawa aku pergi shopping, tiba-tiba aku nak beli kasut baru. Kasut yang aku pakai ni dah rosak kes excident haritu "
Arah Aysar dengan matanya masih tertumpu pada telefon bimbitnya.
Setibanya mereka di tempat yang ingin Aysar pergi, Tiara hanya ingin menunggu di dalam kereta malas dia mahu ikut Aysar." Kau ikut aku sekali " arah Aysar lagi membuatkan Tiara bertambah sebal dengan perasaan marah.
Aku hanya mengikut daripada belakang. ' Tak padan dengan sakit tangan tak reti langsung nak jaga mata menggedik je dengan perempuan '
" Pegang ni! "
" Encik Aysar nak pergi mana pula saya dah bosan ni "
Aysar mendengus.
" Aku nak pergi toilet pun kau nak ikut ke duduk je lah dekat luar ni " Aysar terus masuk ke dalam toilet tanpa menghiraukan Tiara.
" Lain kali mulut tu rajin-rajin cakap ni tak, nak sangat tunjuk aku ni bodoh je " Tiara cakap sendiri dia betul-betul hilang sabar tidak pernah dia jumpa lelaki seteruk Aysar.
Dalam aku membebel seorang diri, aku mendengar bunyi suara teriakan wanita dan kanak-kanak. Jadi bila aku melihat sahaja Amira dan Lara yang diganggu terus aku menerpa ke arah mereka.
" Mira?! Kenapa ni encik apa ni main tarik-tarik anak orang "
Aku terus masuk campur dengan urusan Amira tidak sanggup melihat Lara di tarik tanpa belas kasihan.
" Tolong Mira kak dia ni jahat nak ambil anak Mira?! " Mira yang mula menangis dia tidak sanggup anaknya terus di ambil.
" Kau perempuan jangan masuk campur urusan aku! Budak ni pun anak aku jadi aku pun ada hak! "
Marah lelaki itu terus menolak Amira jatuh membuatkan aku terus hilang sabar. Aku terus menggunakan segala ilmu silat yang ada menumbuk kuat perut lelaki itu jatuh tersungkur aku menarik cepat tangan Lara diberikan kepada Amira.
" Shahril! Cukup benda dah di bawa ke mahkamah tunggu je lah keputusan mahkamah! "
" Arghhh!!! Tak guna kau perempuan berani kau tumbuk aku! "
Shahril bangun dia menghampiri ke arah aku, Amira dan Lara yang berada di belakang aku mula takut dengan sikap baran Shahril.
Belum sempat Shahril hendak menampar Tiara tanganya telah ditepis oleh Aysar yang baru muncul melihat kejadian tersebut.

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
Roman d'amourDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...