Tepat pukul 7:30 pagi Tiara sudah terpacak depan rumah Aysar, tapi batang hidung bos dia pun tak nampak.
" Ya Allah kau sabarkan lah kesabaran hamba MU ini " aku menggosok perlahan dada aku menahan sabar.
Aysar sedang memakai kasutnya siap berkemeja tapi tali leher tak sempat di pakai kerana tangan kanannya masih memakai arm support yang menyukarkan pergerakan tangan kanannya.
Dia berjalan ke arah kereta, dia melihat Tiara sudah menanti di depan rumahnya. Aysar mengetuk cermin kereta.
" Kau keluar sekejap! " arah Aysar.
Aku jadi terpinga-pinga tiada angin tiada ribut kena keluar daripada kereta. Aku mengikut sahaja kehendak Aysar tidak mahu rosakkan mood pagi aku.
" Kenapa encik? " Aysar menghulurkan tali lehernya kepada aku.
" Ikat tali leher ni dekat aku sekarang! " Desak Aysar.
" Tapi kenapa dekat sini encik, nanti jiran-jiran encik tengok apa pula kata diorang " tolak aku tidak mahu menimbulkan fitnah.
" Habis tu kau nak suruh aku bawa kau masuk rumah aku, ikatkan tali leher aku kat bilik tidur aku ke?! "
Aku mendengus pagi-pagi dah buat aku hilang mood, aku mengambil tali leher merah itu daripada tangan kiri Aysar. Hari ni tali leher dia boleh sama pula dengan tudung aku.
Sambil aku mengikat, bau wangian yang di pakai oleh Aysar sangat kuat membuatkan aku sedikit terbuai dengan baunya. Sehingga tidak sedar aku sudah selesai habiskan ikatan tersebut.
" Kau nak ikat berapa lama lagi? Nak bagi sampai aku tercekik ke? " pertanyaan Aysar membuatkan aku sedikit tersentak.
Aysar sudah masuk ke dalam kereta dia duduk di tempat duduk belakang meninggalkan Tiara berdiri di luar.
" Encik nak pergi breakfast dulu atau pergi offices terus? "
Aku mula masukkan gear, dan kereta sudah bergerak di atas jalan.
" Pergi offices terus aku rasa banyak kerja aku dekat offices tu "
" Yang pasal kerja jangan risau semua saya dah settlekan, jadi saya bawa Encik Aysar pergi breakfast tak akan nak masuk offices dengan perut kosong? Tak akan nak sakit lagi "
Sepanjang Aysar di hospital ada masa aku ulang alik daripada offices untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh tidak mahu, menyusahkan Aysar.
Aysar hanya mengangguk dalam masa yang sama dia kagum dengan Tiara, tidak sangka Tiara mampu membuat kerja tanpa dia sedari.
Selesai sarapan pagi, mereka terus masuk semula ke pejabat. Seperti biasa rutin harian Tiara dia akan siapkan air kopi buat Aysar dan membaca jadual Aysar.
" Petang ni dalam pukul 2:00 encik Aysar akan ada meeting dengan Dato Abu dia nak bincang pasal projek SI, lepastu ni report yang encik Aysar kena periksa takut ada kesalahan "
Aku memberikan report tersebut kepada Aysar. Tapi aku tak sangka yang Aysar boleh menggunakan kedua-dua belah tangan dia untuk menulis hebat.
" Kalau macam tu kau boleh keluar nanti lunch sekali dengan aku, lepastu kita terus pergi jumpa Datuk Abu "
Seperti yang telah ditetapkan Tiara sudah membawa buku nota tebalnya bersama tablet di tangan, yang akan di gunakan semasa meeting nanti. Dia yang akan memandu kereta. Dia sempat menilik jam tangan aku yang menunjukkan waktu solat Zohor sudah masuk jadi tanpa hiraukan Aysar dia membelok masuk ke perkarangan masjid.
" Kenapa kau berhenti kereta kat sini? " Soal Aysar bila kereta yang dipandu Tiara berhenti di perkarangan masjid.
" Sekarang kan dah masuk waktu zohor jadi sempat nak solat dulu sebelum meeting pukul 2:00 nanti "
YOU ARE READING
BISIK PADA HATI
RomanceDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...