Hari minggu aku banyak habiskan masa di rumah, memandangkan sudah seminggu aku menjadi drive tak berbayar dan Aysar pun sudah baik jadi tak perlu lah aku bawa dia lagi.
" Amani! "
" Yoooo! " Jerit aku seperti di kampung menjerit bila dipanggil nama.
" Yang kau duduk dekat luar sambil tenung kereta merah kau tu dah kenapa?! " tegur Hawa.
" Ni bukan kereta aku lah, ni kereta pinjam je masalahnya sekarang bos aku tu dia suruh je aku guna kereta ni. Tapi aku tak nak sebab kereta mahal kot tak akan aku nak buat macam harta aku sendiri. Nanti apa pula kata orang "
Aku tengah pening memikirkan kereta milik Aysar, dia yang meminta sahaja aku untuk menggunakan sahaja kereta miliknya. Sudah beberapa kali aku cuba menolak tapi ayat yang selalu digunakan Aysar katakan ' Kau ni guna je lah nanti tak ada lah alasan kau datang lambat ' tapi pernah ke aku datang lambat. Aku ni on time datang kerja bukan macam dia selalu lambat.
" Alah guna je lah rezeki kau ni, nanti nak balik kampung senang tak perlu naik bas lagi "
" Memang tak lah aku nak balik kampung ni balik kampung silap haribulan aku kena mengumpat dengan mulut Mak cik Ramlah tu seram " aku mula ingatkan mak cik Ramlah, tak tenang hidup dibuatnya nanti.
" Amani jom kita buat makan-makan kita ajak jiran baru kita datang makan kat rumah nak tak? "
" Kau ni tiba-tiba nak buat makan-makan dah kenapa, lepastu nak ajak diorang pula tak nak aku " aku menolak cadangan Hawa dengan mentah-mentah, tahu Hawa ni crush dengan Arman tapi jangan libatkan dia sekali.
" Alah kau ni diorang dah seminggu jadi jiran kita, sebab tu lah aku nak buat makan-makan nak sambut kedatangan diorang tak kan tak boleh? "
Hawa sudah membuat muka monyok, aku tahu sangat perangai merajuk tak bertempat Hawa.
" Time Timah jadi jiran kita jangan kata buat makan-makan dia masuk dalam kawasan rumah kita pun kau dah marah-marah? "
Aku memandang muka Hawa yang bertambah monyok kecewa dengan kata-kata aku.
" Alah Timah lain yang ni lain tak akan tak boleh nak di runding langsung "
Hawa sudah memaut lengan aku menggeletis dia punya mahu pujuk aku, mukanya sudah dibuat-buat manja.
" Ye lah tapi kali ni je nak buat makan-makan aku tak nak buat dalam rumah nanti apa pula kata orang. Nak makan nanti angkat meja letak kat luar je senang "
Hawa sudah menepuk tangan gembira bila mendapat kebenaran daripada aku walaupun ini rumah Hawa dia tetap mahu kebenaran aku. Aku sendiri pun tak tahu kenapa.
" Kalau macam tu aku nak hantar whatsapp dekat Arman, nanti balik kerja di terus datang rumah kita ja "
Hawa sudah berlari anak masuk ke dalam rumah, aku hanya tersenyum tapi aku teringat panggilan telefon Syuhada beberapa hari yang lalu.
Flashback
" Kau nak apa call aku?! " Aku mula berkata tegas rimas bila mendengar suara Syuhada yang memekak.
" Alah kau ni tak kan nak call kawan baik sendiri pun tak boleh? "
" Kau dah gila ke perempuan! Aku tak ada kawan macam kau lah. Kalau kau call aku ni semata-mata nak menyakitkan hati aku terima kasih je lah sebab aku memang tak teringin langsung nak cakap dengan orang macam kau " panjang lebar kata yang aku ucapkan kepada Syuhada.
Aku boleh dengar suara Syuhada gelak, apa yang lawak pun aku tak tahu.
" Kau ingat aku saja-saja je call, aku nak beritahu kau yang aku pergi honeymoon dekat Bali tempat yang kau tergedik-gedik dulu nak pergi tapi sayang Imran tak bawa kau. Apa yang aku dengar dulu kau honeymoon dekat mana Langkawi?! "

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
Roman d'amourDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...