Seperti yang di minta oleh bosnya Tiara sudah sampai di hadapan tadika Lara. Aku turun daripada kereta, aku boleh lihat ada cikgu yang menunggu para waris untuk mengambil anak mereka. Aku melangkah perlahan menghampiri cikgu tersebut.
" Assalamualaikum " salam diberi kepada salah cikgu tersebut dengan tag namanya tertera nama Aini
" Waalaikumussalam, ye cik nak ambil siapa ye? " ujar Cikgu Aini.
" Saya nak ambil Lara " aku menyebut nama Lara boleh lihat riak wajah cikgu itu berubah.
" Jadi awak ni Auntie Lara lah, sebab mama dia ada telefon saya cakap yang Auntie dia akan ambil hari ni " ujar Cikgu Aini tersenyum.
" Auntie Tiara! " Lara menjerit kuat nama aku membuatkan aku tersenyum begitu ceria Lara bila melihat aku.
" Hai sayang, rindunya lama betul Auntie tak jumpa Lara " aku memeluk tubuh kecil Lara geram melihat kecomelannya.
" Lara pun rindu auntie, last jumpa Auntie pun dekat hospital masa dengan papa " Lara petah berkata-kata membuatkan aku tersenyum, dalam masa yang sama Cikgu Aini turut mendengar perbualan kami.
" Awak memang rapat ke dengan Tuan Aysar? " soal Cikgu Aini.
" Erkk.. tak adalah biasa-biasa je "
" Tak lah kereta yang awak naik tu kereta Tuan Aysar kan? Sebab sebelum ni dia selalu bawa kereta tu masa ambil Lara "
" Saya cuma peminjam kereta dia je, maaf lah cikgu kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ye, Lara salam cikgu kita nak balik dah "
Aku memimpin tangan kecil Lara masuk ke dalam kereta. Siap memakaikan tali keledar kepada Lara aku pun hidupkan enjin kereta.
" Sayang boleh Auntie nak tanya sesuatu? " soal aku kepada Lara yang ralit memandang jalan raya.
" Auntie nak tanya apa? "
" Cikgu Aini tu kan kenapa dia suka tanya-tanya pasal papa "
" Ouhh.. cikgu Aini tu kan dah lama suka dekat papa, tapi papa tak suka sebab papa pernah kata cikgu Aini tu gedik " Lara jawab dengan petah siap sebut perkataan ' gedik ' membuatkan aku tak tahan untuk ketawa.
" Lara tak baik kata macam tu dekat cikgu, okay jom Lara nak pergi mana dulu? " soal aku.
" Lara nak pergi mall kita pergi playground, beli toys dan makan " ucap Lara dengan gembira, aku tak sangka budak seumur Lara mampu membuat perancangan.
" Okay sayang jom kita pergi terus, tapi first kita pergi makan dulu Lara mesti dah lapar kan? " aku sempat mencubit pipi gebu Lara.
" Okay auntie " ujar Lara.
Sampai saja di mall kami berjalan berdua, orang agak ramai mungkin sekarang waktu makan tengahari.
" Lara nak makan apa sayang? Auntie nak order ni " soal aku, Lara disebelah masih memerhati menu. Entah dia faham ke tidak tengok menu.
" Auntie Lara nak makan yang ini " Lara menunjuk kepada gambar kepada burger dan kentang, aku hanya mengangguk.
Habis sahaja makan aku bawa Lara kebahagian taman permainan kanak-kanak. Lara betul-betul teruja membuatkan aku lebih suka dengan reaksi comel Lara.
" Pelan-pelan sayang jangan sampai jatuh, Auntie ada dekat depan ni tau kalau nak apa-apa panggil je " dari jauh aku memerhatikan gerak geri Lara yang seronok bermain.
" Auntie! Auntie! " Lara memanggil aku membuatkan aku terkejut, kerana Lara menjerit seperti takut. Aku terus berlari mendapatkan Lara, tak sangka bekas suami Amira yang membuatkan Lara takut.

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
Storie d'amoreDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...