Seminggu berlalu...
Tiara memandu perlahan kereta masuk ke dalam perkarangan rumah ibu bapanya, setelah keadaan dia semakin membaik dan kesan lembam mukanya sudia hilang baru dia berani untuk pulang ke kampung.
Puan Siti dan Encik Razak yang memerhati dengan pelik kereta yang berada di halaman rumahnya agak asing bagi mereka, siapa tetamu yang datang ke rumah mereka membuatkan mereka tertanya.
" Assalamualaikum ibu abah sihat? " Tiara memberi salam, membuatkan Puan Siti dan Encik Razak terkejut.
" Ya allah budak ni suka betul lah balik diam-diam, ibu ingat siapalah tadi yang datang dengan kereta mewah ni rupanya kamu Tiara anak bertuah betul! " Tiara memeluk ibu dan abahnya sungguh rindu dia dibuatnya tak sangka yang dia dapat berjumpa lagi, ini adalah peluang buat setelah apa yang berlaku eksiden sebelum ini.
" Ala ibu jangan lah marah saja lah Tiara nak buat kejutan bukan selalu pun Tiara dapat cuti panjang macam ni, Tiara dapat cuti seminggu tau jadi Tiara nak duduk bawah ketiak ibu dengan abah je "
" Amboi duduk bawah ketiak kami ni susah lah nak buat kerja nanti, sebelum tu ni kereta siapa? Kamu dapat mana kereta jangan kamu cakap kamu buat perkara yang bukan-bukan kat KL tu! " Puan Siti mula berasa curiga dengan anaknya.
" Ya allah ibu minta simpang lah semua benda tu, tiara masih ingat dosa pahala. Ni kereta pejabat bos bagi kegunaan untuk Tiara bergerak dengan mudah untuk selesaikan kerja-kerja di pejabat "
" Entah awak ni Siti fikir yang bukan-bukan saja anak kita ni takkan buat perkara yang memalukan kita, dah cukup segala didikan ilmu agama yang saya bagi kat dia " Encik Razak mula menegur isterinya.
Puan Siti mula berasa bersalah tidak sepatutnya dia berfikiran negatif terhadapnya anaknya.
" Maafkan ibu bukan apa Tiara ibu cukup risau kamu kerja jauh daripada kami sebab dekat KL tu bukan tempat yang selamat tambah-tambah kita ni orang kampung saja. Orang banyak bodohkan kita, jadi ibu tak nak Tiara terjebak dengan perkara macam tu "
" Ibu, Tiara masih tahu semua benda yang baik dan buruk takkan sesekali Tiara conteng arang ke muka ibu dengan abah cukup lah. Penceraian Tiara yang buatkan abah dan ibu menjadi buah mulut orang kampung. "
Ya aku masih tahu baik dan buruk dalam masa yang sama aku sedar yang kadang-kadang aku ni pun banyak susahkan ibu dan abah.
" Dah, kamu mesti penat memandu jauh jom masuk dalam rumah. Abah nak ke pasar sekejap beli lauk untuk ibu kamu masak makan malam kita nanti " Encik Razak siap-siap memakai topi keledar untuk menaiki motor untuk ke pasar berdekatan dengan kampung mereka.
" Jom kita masuk sayang, meriah lah sikit kalau tidak abah kamu bila balik surau je suka betul dia lepak minum kopi dekat kedai Pak Mail macam kopi ibu buat ni tak sedap " Puan Siti mula merungut geram benda dengan perangai suaminya yang suka melepak di gerai kopi di hujung kampung.
Tiara hanya tersenyum mendengar bebelan ibunya. " Hahahaha... tak apa ibu kalau malam ni abah balik lambat kita kunci je pintu biar abah tidur luar "
" Amboi-amboi abah tak pergi lagi ni sempat betul mengumpat abah, ibu takkan sanggup kunci abah dekat luar. Sebabnya ibu kamu tu tak boleih tidur kalau tak peluk abah ni " Encik Razak mula mengusik isterinya. Puan Siti mula membuat muka meluat.
" Encik Razak sedapnya berkata kat orang, sedar sikit yang awak tu tak boleh berenggang dengan saya nak berekepit je kerjanya. Hari ni memang awak tidur luar biar padan muka " Puan Siti menjeling ke arah suaminya lalu masuk ke dalam rumah.
" Ni semua Tiara punya pasal tengok ibu dah merajuk dengan abah " aku hanya ketawa melihat keletah ibu dan abah walaupun usia perkahwinan meraka hampir 30 tahun mereka tetap terlihat bahagia seperti pasangan yang baru bercinta.

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
RomanceDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...