" Amani! Amani!... " Hawa menjerit nama Tiara sehingga membingitkan telinga Tiara.
" Kau dah kenapa perempuan terjerit-jerit macam aku dah pekak "
" Ni aku dah jumpa satu temuduga yang sesuai dengan kau. Kawan aku kata dekat tempat kerja dia ada cari pekerja untuk jawatan pegawai eksekutif pemasaran "
" Betul ke Hawa... Wahh!"
"Aduh yang kau menjerit dah kenapa aku pun belum pekak lagi lah "
" Ya Allah maaf-maaf aku cuma teruja je, ni dah lama sangat aku nak kerja "
" Dah-dah kau pergi prepare apa yang patut sebab kawan aku kata temuduga tu esok mula pukul 8:00 pagi tepat jadi kau kena lah siap apa yang patut "
" Terima kasih Hawa sebab kau tolong aku sampai ke temuduga untuk aku pun kau tolong carikan "
" Sama-sama kau tu kawan baik aku mestilah aku sentiasa tolong kau " Tiara memeluk bahu Hawa betapa bersyukurnya dia mempunyai kawan seperti Hawa yang sentiasa membantunya.
" Dah kau pergi siap-siap barang apa yang patut dan jangan lupa tidur awal esok aku hantar kau sebab syarikat temuduga tu memang dekat dengan kedai kek aku "
🌼🌼🌼
" Assalamualaikum ibu, ibu dengan abah sihat? "
" Waalaikumussalam ibu dengan abah sihat, Tiara macam mana duduk dekat sana makan minum semua cukup tak? "
" Tiara okay je dekat sini duit untuk makan minum semua masih ada. Lagipun Hawa baik sangat dia banyak tolong Tiara dekat sini ibu dengan abah tak perlu risau "
" Lega hati ibu Tiara ingat jaga maruah diri ingat jangan lupa asal usul kita ni orang kampung "
" Ye ibu, Tiara sentiasa ingat yang Tiara ni orang kampung yang akan membahagiakan keluarga kecil kita. Sebelum Tiara lupa nak beritahu ibu harini Tiara ada temuduga untuk kerja ibu dengan abah doakan Tiara tau semoga dapat kerja ni "
" Ye ke ibu dengan abah sentiasa mendoakan untuk kebaikan untuk anak ibu "
" Okay lah ibu Tiara rasa dah lama kita berbual ni Tiara pun dah nak masuk bilik temuduga"
" Baik sayang baca doa untuk tenangkan hati kamu "
" Baik ibu nanti kirim salam dekat abah tau sayang ibu "
Aku menamatkan perbualan telefon dalam aku tak sedar ada seseorang yang mendengar perbualan antara dia dan ibu. Jadi dia berlalu ke lift cepat takut terlambat untuk temuduga dalam masa yang sama dia terlanggar bahu seseorang kerana dia hampir-hampir mahu jatuh kerana tersalah langkah .
" Maaf Encik saya tak sengaja, saya tersilap langkah tadi maafkan saya sekali lagi "
Aku cuba menundukkan muka sambil memohon kemaafan takut untuk memandang muka lelaki di depannya.
AYSAR POV
Perempuan mana pula yang langgar aku ni dah buta ke apa sampai aku yang kacak ni pun dia tak nampak.
" Maaf Encik saya tak sengaja saya tersilap langkah " wanita di depannya beberapa kali memohon maaf padanya.
Dalam masa yang sama baru dia teringat wanita ini yang dia terdengar berbual di telefon begitu lama didepannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
RomanceDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...