BAB 9

319 13 0
                                    

Hawa yang baru sahaja turun daripada tingkat atas, melihat kelibat Tiara yang sedang masak di dapur.

" Amani kata balik pukul 7 tapi awal pula kau balik, lagi satu kereta Wolkswagen merah siapa kat luar tu? "

" Aku balik awal nanti kena pergi hospital balik, aku tak masuk offices hari ni kena jaga bos aku tu kat hospital. Kereta tu bos aku punya, dia suruh aku guna pergi balik jaga dia nanti "

Siap sahaja makanan di masak, Tiara meletakkan ke dalam mangkuk tingkat. Sekarang dia perlu mandi untuk bersiap kembali ke hospital.

" Lauk ni untuk siapa pula? Ni ada lebih untuk aku sekali tak?! "

Jerit Hawa bertanya tentang makanan yang aku sudah siap masak.

" Aku ada masak lebih kau nak makan ambil lah, dalam mangkuk tingkat untuk bos senget aku "

Jawab Tiara selesai sahaja bersiap, memakai blouse pink dan seluar palazo putih dipadankan dengan tudung shawl bunga-bunga pink.

" Cantik kau hari ni jaga orang sakit ke? Kau nak mengorat doktor kat sana? "

Usik Hawa sambil makan, Tiara menjeling ada-ada je budak ni sengaja nak cari pasal dengan aku.

" Aku dah lambat nanti dia marah aku pula, aku pergi dulu kau jangan risau pasal aku tau Hawa. Sebab takut balik lambat kena jaga orang sakit kan "

" Okay kau tu rehat sama, pasal kes Syuhada pun tak settle lagi masuk kes baru pula. Mata tu dah sembab tak tidur malam kau ni "

Hawa mula membebel, dengan kawan baiknya. Tiara hanya mengabaikan sempat di cium pipi Hawa sengaja mahu bergurau. Membuatkan Hawa geli geleman dengan Tiara sweet tak bertempat.

" Amani cantik kereta, baru beli ke? " Tiara di sapa oleh Timah.

" Kak Timah, tak da lah kereta bos. Dia suruh jaga, maaf saya dah lambat nak pergi kerja dulu " cepat-cepat Tiara masuk ke dalam kereta tidak mahu lama-lama dengan Timah mulut murai nanti habis semua cerita di koreknya.

Encik Aysar

Kau beli barang keperluan aku sekali masa kau nak datang. Aku nak mandi ni cepat sikit!

Terkumat-kamit mula Tiara membaca pesanan Whatsapp yang di hantar oleh Aysar suka sangat mengarah  sahaja, bukan dia menggunakan perkataan ' tolong ' sombong. Ego dia seorang je melangit.

Jadi Tiara terpaksa singgah ke supermarket yang berdekatan dengan rumahnya. Berdebar pula dia terpaksa membawa kereta mewah begini, malah dia rasa seperti mimpi. Sedangkan bekas suaminya pun tak mampu memakai kereta mewah sebegini.

Selesai membeli dia kembali menuju ke hospital jika dia lambat pasti akan dibebel oleh Aysar.

Aku sampai dan naik ke wad Aysar, terkejut aku bila dia merenung aku dengan mata seperti helang mahu menerkam mangsa.

" Kenapa kau lambat?! Aku ni dah rimas tak mandi lagi! "

Aysar mula marah, Tiara meletakkan barang yang dibelikan sebentar tadi di atas meja.

" Encik Aysar ni ingat sekarang kat kampung ke boleh ikut jalan shortcut, ni KL jalan mesti sesak "

" Menjawab! Menjawab! Geramnya aku dengan kau ni tutup mulut kau yang bising tu " balas Aysar garang.

Tiara hanya membalas dengan jelingan, ehhh perempuan ni main jeling-jeling pula aku tak tahu siapa bos sekarang bisik Aysar di dalam hati.

Siap sahaja Aysar mandi dia mahu makan kerana perutnya sudah berbunyi di minta untuk isi. Terkial-kial tangannya mahu membuka bekas mangkuk tingkat tersebut.

BISIK PADA HATIWhere stories live. Discover now