Puan Siti memandang bendang sawah padi di tepi rumahnya. Sudah beberapa hari hatinya tidak sedap. Mengenangkan satu-satunya anaknya.
" Siti apa yang awak termenung tu? " Encik Razak memerhatikan gelagat isterinya.
" Abang? Bila balik saya tak dengar pula bunyi motor "
" Abang baru ja balik, masuk je rumah tengok awak termenung kat tepi tingkap tu "
" Tak adalah, saya cuma teringatkan Tiara lama dia tak telefon saya. Saya ada telefon Hawa katanya Tiara pergi kursus. " Puan Siti memandang wajah suaminya dengan wajah yang suram.
" Dia sibuk kerja lah tu, awak jangan risau sangat " Encik Razak cuba memujuk isterinya.
" Ye lah Abang, ni nak makan tak? Kalau nak saya panaskan lauk dulu "
" Boleh juga abang pun dah lapar. Abang nak mandi dulu busuk peluh dari kebun ni "
Puan Siti berlalu ke dapur untuk panaskan lauk mereka untuk makan.
🌼🌼🌼🌼🌼
" Hawa, aku ingat minggu depan nak balik kampung kalau dah sihat sikit "
" Kau nak balik kampung? Nak balik dengan lebam kat muka macam ni? " soal Hawa membelek wajah Tiara yang lebam dan luka.
" Kau ni pekak ke?! Aku kata minggu depan " aku mula nak berangin dengan Hawa ni, orang cakap lain dia cakap lain.
" Amboi kau... Sakit-sakit pun nak berangin dengan aku " Hawa mula menyapa lembut lengan Tiara.
" Bukan berangin tapi kadang-kadang kau punya ayat tu tak pakai otak kadang tu " Tiara mengambil plastik yang berada di sisi katilnya.
" Benda apa ni Hawa? "soal aku
" Entah aku pun tak tahu, benda tu dah ada waktu aku balik beli kan kau bubur " jawab Hawa membuatkan aku bertambah hairan bin ajaib.
Aku membuka plastik tersebut membuatkan aku terkejut.
" Ya Allah! Telefon? "
" Weh telefon buah apple lah! " Hawa turut terkejut. Tercengang kami berdua bila melihat kotak iphone 12 pro max berada di tangannya.
" Siapa punya ni? " Nafas aku mula tak teratur.
" Mana lah aku tahu. Ehh... sekejap baru aku teringat! " Hawa menjerit kuat.
" Kau dah kenapa menjerit-jerit pula?! "
" Ni bos senget kau datang kelmarin kan, aku ada nampak dia pegang plastik ni "
" Serius lah dia bagi?! Biar betik jap aku nak pinjam telefon kau " aku merentap telefon yang di tangan Hawa.
" Ehhh perempuan ni?! Tak menyempat langsung "
Aku mendail nombor telefon Aysar untuk mendapatkan kepastian.
" Hello Encik Aysar? "
" Ye aku Aysar siapa ni? "
" Ni saya Tiara, kenapa ada telefon tertinggal kat wad saya ni? "
" Ouhh kau ke, telefon tu aku tak nak guna dah tu yang saja tinggal ambik lah bekas aku "
Dia ni memang suka cakap benda yang menyakitkan hati betul lah.

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
عاطفيةDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...