Seperti hari biasa kerja aku perlu siapkan minuman, dan kemas di bahagian meja kerja bos senget. Siap saja kemas aku keluar ke pantri untuk membancuh air buat diri aku.
" Rapat betul you dengan bos, ke hulur ke hilir berdua " Salwa yang baru saja masuk menegur aku dengan seribu makna.
" Eh Wawa terkejut saya, rapat? Memang tak lah saya dengan Encik Aysar tu macam anjing dengan kucing. Saya keluar dengan dia semuanya pasal kerja " terang aku panjang lebar.
" Ouhh... You tahu kan perangai playboy bos, jadi i nak you hati-hati lah "
" Yang tu saya dah masak sangat dengan perangai dia lagi pun perempuan-perempuan tu semua saya yang handle awak jangan risau tau Wawa " ujar aku dengan mengangguk.
" Apa kata hari ni you keluar lunch dengan i, lagi pun kita tak pernah pergi lunch sekali? " ajak Salwa.
" Boleh juga nanti waktu lunch kita jumpa dekat lobby ye. Okay lah Wawa saya nak sambung buat kerja "
Aku menuju kembali ke meja kerja aku, melihat sahaja fail-fail yang bertimbun mungkin aku akan terpaksa bermalam di pejabat malam ini.
" Tiara?! " Jeritan kuat bosnya mengejutkan Tiara, bila masa bosnya sampai pun dia tidak sedar.
" Ye bos kenapa? Ada apa yang perlu saya buat ke? "
" Apa kau kata?! "
Bushhh!... Habis semua kertas di dalam fail bertebaran di atas lantai. Terkejut aku dibuatnya, baru kali ini bosnya marah.
" Fail ni bila kau nak siapkan, kau tahu tak esok aku kena bawa fail ni pergi meeting tapi satu haram pun tak siap lagi?! "
Marah Aysar, sebenarnya dia bukan marah sangat pasal fail kerja. Tapi disebabkan seseorang mood paginya habis hilang. Habis segala amarahnya dilepaskan memang hati dia tengah panas.
" Erkk... Nanti sa..ya tee..rus buat " tergagap-gagap Tiara dibuatnya, dia memang senang terasa orang kata hati tisu cepat betul air mata nak turun.
Cepat-cepat aku kutip kertas kerja yang bertaburan di atas lantai. Air mata aku tunggu masa saja mahu jatuh tapi ditahan.
" Cepat lah kutip lepastu kau boleh keluar terus! "
Marah Aysar lagi membuatkan aku mahu saja marah balik tapi aku cuba sabar takut bukan marah yang keluar tapi tangisan aku pula keluar.
Siap saja kutip aku terus keluar tanpa toleh memandang wajah Aysar. Buka sahaja pintu bilik, boleh dikatakan semuanya sedang memandang ke arah aku. Tapi aku cuba kuat untuk senyum dan terus sambung buat kerja seperti biasa.
" Tak guna betul perempuan ni?! " Aysar menumbuk kuat meja kacanya.
" Kenapa kau datang balik?! semata-mata nak kejar aku balik sebab kau nampak duit aku " Aysar mula bercakap sendiri.
🌼🌼🌼🌼🌼
" Amani you okay tak? " soal Salwa.
" Aku okay je lah " ujar aku sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
" Bukan apa Amani kita orang risau sebab terkejut dengar kau kena marah dengan Tuan Aysar tadi bukan main kuat lagi suara dia " ujar Hani yang turut risaukan Tiara.
" Alah biasa lah tu kena marah dengan bos, lagi pun setakat nak siapkan report je " aku hanya pura-pura sedangkan hati hampir sahaja menangis meratap pilu.

ANDA SEDANG MEMBACA
BISIK PADA HATI
RomantizmDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...