Aku masuk ke dapur dengan siap memakai baju kurung untuk masuk ke pejabat memandang hari ini pertama kali aku bekerja setelah dua tahun tidak bekerja menjadikan aku sedikit kekok.
" Awal pulak kau bangun Hawa mimpi apa? " Soal aku bila melihat kelibat Hawa sedang membancuh air.
" Kau ni cakap tak pandang kiri kanan aku ni anak dara sejati setakat bangun awal apalah sangat "
" Kau punya sembang memang tak nak kalah langsung " aku memberi jelingan maut kepada Hawa.
" Amani, sorry pasal semalam aku tak boleh ambik kau "
" Alah tak pa lagipun semalam bos aku yang tolong hantar aku "
" Apa?! Bos kau biar betul kau baru kenal je lelaki tu kenapa yang kau ikut dia " ujar Hawa sedikit tidak berpuas hati dengan tindakan Tiara.
" Ya Allah Hawa kau tahu tak kalau tak disebabkan bos aku memang aku tak balik jawabnya " Aku mula mengambil barang-barang aku bersiap untuk pergi kerja.
" Ye lah it's up too you Amani. Ni kau pergi kerja naik apa? "
" Kau jangan risau aku dah order grab nanti balik aku naik bas je " ujar aku sambil membetulkan tudung aku yang sedikit senget.
" Ishhh! Kau ni biar aku je hantar kau, tempat kerja kau bukan jauh sangat dengan kedai aku. Balik nanti kau tunggu aku datang ambik kau "
" Ye lah sekarang ni biar aku pergi naik grab je. Aku pergi dulu jumpa petang nanti " aku memakai kasut lalu masuk ke dalam perut kereta.
🌼🌼🌼🌼🌼
" Amani awal sampai, semangat betul nak datang kerja " Linda yang baru tiba di pejabat menegur Tiara bila dia melihat Tiara yang berdiri menunggu lift.
" Ehh kak Linda, first day mesti lah kena awal tambahan bila dapat bos senget. Nanti kalau saya buat salah tak ke senget kepala saya kena bebel " Tiara jawab sekadar untuk bergurau.
" Hahaha... Amani awak ni lawak lah. Berani betul kutuk bos sendiri senget. " Linda yang masih ketawa pertama kali dalam hidupnya ada yang berani mengutuk bosnya sendiri.
" Ni kalau saya sampai masa ni saya perlu buat apa dulu? "
" Good question, first Amani kena masuk pejabat Tuan Aysar kemas meja dia apa yang patut. Lepas habis kemas Amani kena buat air letak atas meja dia tapi pastikan air tu panas kalau tak panas Tuan Aysar akan suruh buat lain. " Terang Linda panjang lebar dan aku boleh mengagak bahawa Aysar seorang yang cerewet.
" Kena buat air okay, ada lagi tak Amani nak kena buat lepas dah siap dua kerja tu? "
" Amani kena beritahu jadual kerja Tuan Aysar setiap hari. Kalau dia ajak teman pergi meeting Amani kena ikut dia tak boleh ada alasan langsung " aku hanya balas 'ouhh' jadi di sini dia dapat tangkap perangai bosnya hanya mahu mengikut kata-katanya sahaja.
Sampai je di tingkat department aku dan Linda masuk ke dalam bilik bosnya. Linda memberi demo kepada aku cara untuk kemas meja dan meletakkan barang mengikut susun atur yang telah ditetapkan.
" Jom kak Linda ajar Amani untuk buat air Tuan Aysar " aku hanya mengikut langkah Linda daripada belakang tapi ada segelintir mata yang memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati.
" Okay Amani ni dekat kabinet ni semua barang minuman Tuan Aysar daripada susu, gula sampai ke cawan semuanya Tuan Aysar punya. Cawan ni dia tak boleh share dengan siapa-siapa tau jadi lepas basuh lap cawan dan susun dekat dalam kabinet ni balik "
YOU ARE READING
BISIK PADA HATI
RomanceDua tahun perkahwinan diakhiri dengan penceraian membuatkan dia takut untuk bercinta.Disebalik penceraian dia dan Imran ada satu rahsia yang tidak terungkap jadi dia memilih berdiam diri. Dia mula bekerja di satu syarikat di situ berlakunya pengenal...