chapter 17

2.2K 105 19
                                    


             Eping pulang ke rumah sewanya dengan hati yang luka selepas menaiki teksi tadi. Ditenungnya ruang rumah itu sebelum melangkah masuk. Ia baru saja ditinggalkan tapi akan dihuni semula. Dia mengeluh. Bingkai gambar kahwin dia dan mendiang suaminya yang tergantung pada dinding lantas melemahkan semangat si balu. Sebak di dada mula terasa. Bagasi ditarik ketika dia memijak jubin lantai semasa masuk ke dalam. Bercampur baur perasaannya sekarang.

'Kenapa saya sakit hati? Perasaan apa ni? Takkanlah saya.. sukakan Mark? Sa.. saya tak boleh jatuh cinta pada dia!'

Bisik hatinya yang menafikan perasaan suka terhadap Mark. Bagasi dibiarkan di tepi bangku, dia duduk sambil menekupkan telapak tangannya pada muka. Fikirannya benar-benar runsing!

          "Ish.. lupakan orang tua tu, Eping!" Jeritnya sendiri.

Tapi air matanya berderai lagi setiap kali teringat semula perkara menyakitkan hati tadi. Eping mengawal perasaan, dia bangkit dan meluru ke bilik. Bantal ditepuk, lalu dia berbaring pada tilamnya. Sunyi dan keseorangan.. ia membangkitkan jiwa yang tidak tenteram dalam dirinya.

~~~~~

          Pada masa yang sama di dalam bilik Mark. Lelaki itu duduk termenung pada bangku sofanya. Sampul surat berisi cek yang direnyukkan tadi ditenung pada tangan. Sama seperti Eping, kesunyian melanda. Tiada lagi suara garang wanita itu dalam rumahnya, tiada lagi yang akan mengejutkannya dari tidur, tiada lagi celoteh si balu yang selalu saja mencuit hatinya. Tidak pernah dia merasakan sesuatu yang hilang seperti ini. Dia.. amat merindui suara si balu dan orangnya.

          "You're stupid Mark.. dia tak sukakan awak. Lupakan saja perempuan gila tu." Dia berbicara pada dirinya lalu tersengih.

Tapi senyum kambingnya menjadi pudar. Bibirnya diketap erat, kepalanya menunduk merenung lantai karpet. Dahi diusap akibat gusar. Dia sendiri mengelak dari si balu, tapi kesannya sungguh dalam sekali. Dapatkah dia melupakan Eping dalam sekelip mata?

******

            Dua minggu kemudian, selepas puas merehatkan diri di rumah, Eping datang ke farmasi untuk memulakan kerjanya semula sebagai pembantu jualan. Kejadian di antara dia dan Mark sudah diketahui oleh majikannya, puan Sierra. Dia telah dipujuk rayu oleh wanita itu untuk berbaik semula dengan abang kembarnya sejak seminggu yang lalu, namun ia semua sia-sia. Eping menegaskan bahawa dia tidak mahu berkaitan ataupun memijak ke rumah banglo milik Mark lagi. Mark juga sudah beberapa kali dipujuk oleh puan Sierra, tapi jawapannya juga sama. Si bujang tua kerap menukar topik setiap kali adik kembarnya memulakan cerita tentang Eping. Oleh yang demikian, maka keputusan mereka berdua diterima oleh puan Sierra walaupun wanita itu suka sekali terhadap si balu. Mark dan Eping sungguh keras kepala!

         "Hai Mona," sapa Eping ketika melangkah masuk ke ruang farmasi.

Wanita terlajak bujang itu tersentak lalu menyapanya juga. Setelah sekian lama tidak bertemu, dia lantas memeluk Eping sebagai tanda pertemuan semula.

        "Eping! Rindunya saya dengan awak! Tentang hari tu.. maafkan saya. Erm.. awak ok?" Kata Mona. Dia juga telah mengetahui perkara yang telah terjadi dari mulut puan Sierra sendiri.

         "Kenapa nak minta maaf ni? Haha.. awak tak buat salah pun? Saya ok lah.." balas Eping menunjukkan muka cerianya.

         "Saya dah dengar cerita awak dengan.."

         "Eh, awak dah makan? Jom sarapan? Saya belanja," Eping memintas kata-kata Mona. Ketara sekali mengelak dari berbicara tentang dia dan Mark

Mona terdiam sejenak, tapi dia melayan saja ajakan si kawan.

         "Erm.. ok. Jomlah.." nada suaranya perlahan saja tapi sebenarnya dia teringin tahu apa perasaan si balu sekarang. Niatnya terpaksa dibatalkan.

Widow and the Boss 🧔👱‍♀️Where stories live. Discover now