🍀24

1.3K 181 133
                                    

[20 votes+20 comments]




"Nah, kayu api" tutur Yerin seraya meletakkan beberapa kayu api yang dipeluknya tadi ke atas tanah.

Haeri menyilangkan lengannya di dada sambil mata memandang kayu api yang sudah berada di atas tanah itu.

"Banyak ni je? Pikir cukup? " soal Haeri dan mencerlung Yerin. Yerin merengus kecil.

"Cukup lah. Nak masak satu menu je bukan nak bakar orang macam kau. " balas Yerin selamba. Dia mengukirkan senyuman plastik buat Haeri.

"Yah kau--"

Baru saja Haeri mengangkat tangannya ke udara untuk dihinggap pada wajah Yerin,

"Kalau semua tak kena, pergi cari sendiri. Tak payah nak memekak " tutur Taehyung dingin seraya melepaskan beberapa kayu api dari dakapannya ke atas tanah.

Tercengang Haeri dibuatnya. Tangannya perlahan-lahan turun ke sisi semula.

"eh Taehyung ah, awak pun pergi cari kayu jugak ke? Erm, kalau macam tu cukup lah kayu-kayu ni. " Tutur Haeri dan tersengih seperti kerang busuk. 

Yerin yang sedang menjadi pemerhati dari tadi itu langsung menggulingkan bola matanya ke atas.

Munafake yini semua!

"Let's start cooking guys! " laung Mina yang baru selesai membasuh sayur. Diletaknya sebesen besar yang berisi sayur-sayuran di atas meja.

"Oh yeahhh, finally! " sorak Yerin perlahan.

Sudah lama dia menunggu aktiviti ini berlaku. Ini adalah antara tujuan utama kenapa dia teringin sangat menyertai kem seperti ini selain berkhemah.

"Taehyung ah, what do you wanna do? " soal Haeri sambil memandang wajah kosong milik Taehyung itu. Lelaki itu sekadar menjongket bahunya.

Haeri tersenyum. Dia meraih lengan Taehyung.

"Jom kita potong sayur lah! " ajak Haeri teruja sebelum menarik lengan Taehyung, menuju ke meja yang disediakan buat setiap kumpulan.

"Tertelan speaker ke apa dia tu? Dari tadi cakap kuat. Macam la si Taehyung tu duduk 10 batu dari dia. Heol" omel Yerin dan berdecit perlahan.

Dia menapak ke arah beberapa ahli kumpulannya yang ligat menghidupkan api.

"Saya potong sayur ni, awak potong tomato ni. Ok? " soal Haeri dengan nada sengaja dilembutkan. Kononnya ingin kelihatan comel--ohok.

Huluran 5 biji tomato dari Haeri disambut Taehyung. Gadis itu tersenyum senang.

Taehyung mula memotong sebiji tomato tanpa rasa kekok. Seolah-olah dia sudah biasa dengan perkara itu.

Sambil tangannya laju bergerak memotong buah itu, sempat matanya mengerling gadis di sebelahnya yang kelihatan seperti menghadapi kesukaran memotong sayur sawi.

Sekejap-sekejap, dia mengubah kedudukan pisaunya ke kiri. Kemudian, ke kanan pula. Tak lama lepas itu, sayur pula diubah kedudukan. Seakan tidak tahu bahagian mana dulu patut dipotong.

"Yah, kau tahu ke tak nak potong? " soal Taehyung mendatar sambil tangannya ligat memotong buah tomato kedua yang hampir selesai.

"Eo-eoh? Ah.. Em tahu. Cuma lupa je" balas Haeri dan tersengih kekok. Taehyung tidak memberi respon sebaliknya kembali fokus pada sesi memotong tomato nya itu.

Buah tomato kedua terakhir dicapai lalu diletakkan di atas papan pemotong. Tangannya kembali mula bergerak pantas memotong buah itu.

Kemudian, sekali lagi Taehyung mengerling ke arah Haeri apabila dia menyedari yang gadis itu seakan dilema. Sayur sawi itu baru dipotong sikit.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now