💐34

1.3K 187 123
                                    

[29 votes+27 comments]

Tak lewat sgt kan update?
HAHAHA enjoy!



"Mw-mwoya…" gumam Yerin sendiri yang masih kaku di koridor hospital itu. Sudah seperti dibekukan sahaja figura ini.

"Sebab aku tak nak orang lain yang angkat kau"

"Wae? Am i crossed the line? "

Respon Taehyung sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga Yerin.

"Apa yang... Ah molla²! " seloroh Yerin seraya menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Malas mahu memikirkan tentang itu lagi.

"Aish, suka sangat jalan laju-laju dia tu" omel Yerin dan segera mengatur langkahnya dengan laju bagi mendapatkan Taehyung yang sudah berjarak 10 meter darinya.

Taehyung sekadar mengerling sekilas ke arah Yerin yang sudah berada di sebelahnya. Dia hanya menghayun langkahnya keluar dari hospital tanpa sebarang suara dikeluarkan. Yerin pula hanya mengikuti sahaja langkah lelaki itu.

Lebih kurang 15 meter mereka berjalan di kawasan parkir di hospital itu, akhirnya mereka tiba di tempat di mana kereta milik Taehyung diparkir.

Kemudian, Taehyung terlebih dahulu masuk ke dalam perut kereta. Seterusnya dia berura-ura untuk menghidupkan enjin kereta, namun matanya beralih ke arah Yerin yang sedang menghadapi kesukaran di luar kereta.

Gadis itu sedang berfikir bagaimana mahu membuka pintu dengan tangan kanannya yang memegang buku Taehyung itu. Al maklumlah tangan kirinya terseliuh, jadi dia tak mahu mengambil risiko untuk memburukkan keadaan tangannya.

Walapun hanya sebuah buku bersaiz buku lukisan.

"Kau apahal tak reti nak masuk lagi? " soal Taehyung dingin setelah menurunkan tingkap kereta bahagian penumpang itu.

"Macam mana saya nak masuk kalau tangan saya ni--"

"Campak je la dulu buku tu dekat dalam" arah Taehyung mendatar sebelum memandang ke hadapan semula. Dia menghidupkan enjin keretanya.

"Haah kan" omel Yerin sebelum mencampak perlahan buku itu ke atas seat bahagian penumpang di sebelah pemandu itu.

Kemudian, dia membuka pintu kereta dengan hati yang senang--tibe.

Sebelum dia duduk di atas seat itu, matanya tertancap pada buku yang dicampaknya tadi terbuka sedikit, mampu menampakkan isi di dalam buku itu.

"Uwaaaa, ada lukisan lah dalam ni" tutur Yerin teruja seraya mengangkat buku lukisan itu sebelum dia duduk di atas seat itu.

Yerin dengan terujanya melihat lukisan-lukisan di dalam buku itu.

Taehyung yang sedar gadis itu membelek-belek buku lukisannya itu, pantas saja tangannya merampas buku itu, namun Yerin sempat memegang hujung buku itu.

"Ah waeee? let me see these masterpieces tho" bentak Yerin yang masih memegang hujung buku itu. Dia memandang Taehyung yang sedang mengerlingnya tajam.

"Please? " soal Yerin lebih kepada memujuk. Bulat-bulat matanya memandang wajah Taehyung.

"kau memang tak ada adab ke? Suka hati je tengok barang orang without permission " tutur Taehyung dingin sebelum melepaskan pegangannya pada bukunya itu.

"Oh, sorry for that. Saya cuma impressed dengan lukisan-lukisan dalam buku ni tadi" respon Yerin dan tersengih kecil. Taehyung memandang gadis itu sekilas sebelum dia memulakan perjalanan.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now