🌷162

1.1K 164 288
                                    

[50 votes+55 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[50 votes+55 comments]

IYAAA 2 PAGIII

HA SORRY LEWAT

HA VOMMENT AH

HA TU JE




















Ting!

Taehyung yang baru menapak masuk ke dalam biliknya yang luas itu langsung terhenti seketika langkahnya apabila telefon pintarnya yang berada di dalam poket seluarnya itu berbunyi sesaat.

Taehyung mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya sambil kaki dilangkah kembali menghampiri katilnya. Dia meletakkan beg sekolahnya di atas katil sebelum menghenyak punggungnya di atas tilam yang empuk itu.

Taehyung seterusnya menyalakan telefon pintarnya bagi melihat gerangan yang menghantar mesej kepadanya itu.

You have messages from Jeon Jungkook

»『Audio (0.57)』

»Bukti yang kau nak pasal perempuan tu

»Hyun Min hyung  yang record semalam

»Dengarlah sendiri. Kalau tak percaya lagi,aku tak tahulah apa masalah kau, hyung
4.47 pm

Usai sahaja Taehyung membaca setiap mesej yang dihantar Jungkook itu, dia tidak merespon apa-apa pun kepada lelaki 16 tahun itu. Dia seterusnya langsung memainkan rakaman suara yang dikirim Jungkook itu.

"Iyeeppp. Still tak cukup, tak puas bagi aku. Macam-macam lagi aku nak buat dekat perempuan tu. Aku nak pastikan dia betul-betul terseksa. Si Yerin yang bodoh tu, aku nak dia rasa macam mana aku rasa selama ni,"

"Walaupun aku dah buat omma dia lebihkan aku dari dia,buat omma dia jijik dengan dia,buat omma dia halau dia keluar dari rumah, buat school mates pandang dia jijik, dan yang paling penting,"

"Aku dah berjaya buat Kim Taehyung percayakan aku lebih dari dia. All the things that aku buat selama ni, went smoothly. Dia langsung tak nampak apa yang aku buat sebelum ni. Dia cuma nampak yang Yerin tu buruk, jahat, teruk. Soooooo,"

"Aku berjaya. Lagipun, dia banyak lebihkan aku dari perempuan tu."

"Haih. Sometimes aku rasa kesian tau dekat Yerin tu. Kesian dia ye? Luka, cedera sana sini,tapi Taehyung langsung tak pandang dia pun. Tch"

"Sampaikan, time aku nak jatuh tangga hari tu, dia lebih pilih untuk selamatkan--"

Taehyung langsung mematikan rakaman suara itu tanpa mendengarnya sehingga ke akhir pun. Rasa berang yang membuak-buak dalam dirinya itu telah membuatnya berlaku demikian.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now