🌸123

812 152 239
                                    

[45 votes+50 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[45 votes+50 comments]

Apabila seketul minyu sudah fedap dgn target tinggi²-

AW LAWA PULAK NOMBOR CHAP AKU KALINI. 123

HANA DUL SE, HA! HAU YU LAIK DETTT-

AWAN TU TRI, WAN TU TRI DRINK-

DAH AH KAU TIBE.

DAHLA UPDATE LEWAT LAGI.

K DAH VOTE LAH YEW.

TAK TAHU DH NK CKP BAHASA APA LAGI
























"Jaket ni... " gumam Yerin perlahan sambil menatap lama jaket biru bersaiz kanak-kanak itu yang berada di pegangannya itu.

Lama dia merenung pakaian itu. Otaknya pula ligat memproses sesuatu seperti ada peristiwa yang mungkin ada terkait dengan jaket kecil yang dipegangnya itu.

Dia betul-betul berasa seperti ada sesuatu yang familiar dengan jaket berwarna biru itu. Namun, dia tak dapat menangkapnya.

Dia keliru. Dia masih keliru dengan apa yang terdetik dan terlintas di fikirannya itu bila melihat pakaian bersaiz kanak-kanak itu.

"Jaket ni... "

Sekali lagi Yerin ungkapkan kata-kata yang sama. Perlahan. Serentak dengan tekanan yang dicengkam pada fikirannya bagi mendapatkan jawapan yang dia mahu.

Tapi, jawapan apa yang dia mahu?

Dia sendiri buntu.

Namun begitu, dia pasti yang ada sesuatu yang berlaku seperti peristiwa atau detik-detik yang terlibat dengan jaket ini ataupun dirinya.

Atau, kedua-duanya.

"Eoh? Awak sejuk eh? "

Suara kanak-kanak perempuan seakan menyapa sekali imbas pada telinga Yerin. Seraya itu, terimbas pada fikirannya satu peristiwa di mana seorang budak perempuan berambut paras bahu menanggalkan jaketnya lalu diletakkan pada tubuh seorang budak lelaki.

Sayangnya, peristiwa itu hanya terlihat samar-samar di fikirannya. Dia tak dapat mengesahkan kedua-dua gerangan kanak-kanak itu.

Namun begitu, Yerin tidak berhenti dari memaksa otaknya bagi memproses dan mengimbas kembali peristiwa yang muncul sekilas pada fikirannya.

Dia mengetap bibirnya. Mata dipejam rapat. Berkerut-kerut dahinya cuba melihat dengan lebih jelas peristiwa samar-samar itu.

Dia pasti peristiwa itu sememangnya ada kena mengena dengannya. Namun, dia tak dapat mencungkil keluar lagi apa sebenarnya yang terjadi.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now