🌹147

769 148 455
                                    

[45 votes + 55 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[45 votes + 55 comments]

HAH VOMMENT JGN LUPERRR



































"So, seatmate Yerin adalah, Kim Taehyung!" tutur Hayoung dengan terujanya. Tangannya pula ditepuk-tepuk riang.

"Uhuk uhuk!"

Terbatuk-batuk seketul Sooyoung yang sedang meneguk air kosong itu tatkala mendengar apa yang diberitahu Hayoung itu. Tekaknya diurut berkali-kali.

Yerin yang tadinya kemain fokus menulis nota Sains itu langsung pergerakan tangannya yang memegang pen itu terhenti. Dia seakan dibekukan seketika.

"Siapa... tadi?" soal Yerin seraya memandang Hayoung yang berada di hadapan Sooyoung itu.

"Halahhh, tak dengar pulak dah dia ni. Namchin kau seketul tu lah, Taehyung. Aigoo" balas Hayoung sebelum berdecit perlahan. Dia tersenyum senget.

"O-Oh" respon Yerin agak terkesima sebelum mengalihkan pandangannya ke arah buku notanya kembali.

"Elelele, untunglah~ untunglah dapat seatmate dengan kesayangan kau tu~" tutur Hayoung meleret sambil menggoncang-goncang kotak pensil Yerin. Al maklumlah, dia agak jauh untuk menggoncang lengan rakannya itu. Kotak pensil sajalah yang mampu.

"Untung ke? Macam malang je" gumam Yerin sebelum mengeluh kecil. Dia meletakkan pennya di atas meja. Aktiviti menulis notanya itu terbantut terus dek berita yang diberitahu Hayoung itu.

Sooyoung yang berada di sebelah, yang dapat mendengar apa yang digumam Yerin itu sekadar mengerling sekilas ke arah gadis itu.

"Ececece suka lah tu, suka lah tu~ last time punya kem tak dapat seatmate dengan dia, ha sekarang dah dapat. Terus semangatlah nanti nak pergi lusa ni kan?" tambah Hayoung dengan riangnya.

Yerin hanya tersenyum paksa.

Apa boleh buat? Layankan sajalah si Hayoung ini memandangkan dia masih tidak tahu tentang situasi terkini Yerin dan Taehyung bagaimana.

"Hah, kaulah paling untung tau Rin sebab dapat special punya seatmate. Aku ni apa benda je? Setakat duduk dengan si Sooyoung ni, ugh. Malang" seloroh Hayoung selamba sebelum menayang wajah jengkelnya kepada Sooyoung.

"Sialan kau" balas Sooyoung sebal sambil menjeling tajam Hayoung.

Yerin hanya tersenyum kecil. Dia menongkat dagunya sambil matanya memandang ke luar tingkap kelas. Beberapa pelajar yang sedang berjalan di koridor itu yang melepasi kelasnya itu dipandang Yerin kosong.

"Bagus sangatlah. Bagus. Entah awkward macam manalah nanti aku nak kena duduk sebelah dia dalam bas" omel Yerin kesal sebelum merengus perlahan.

Sedang ligat dia memandang ke luar kelas iaitu koridor tingkat 3 itu, matanya tertancap pada dua orang lelaki yang sedang berjalan di tengah-tengah koridor itu.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now