🌸144

822 139 398
                                    

[45 votes+50 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[45 votes+50 comments]

IYAYAYAYA AWAL LAGI HIKHOK

HA VOMMENT SILA










































"Betul lah kan macaroons flavour ni dia suka?" omel Jungkook sambil menilik bekas yang berisi Macaroons yang berada di dalam beg kertas yang dijinjingnya itu.

"Ah, lantaklah. Dah beli dah pun. Dah sampai rumah dah pun. Dah ada depan pintu rumah dah pun. " seloroh Jungkook sebelum menanggalkan kedua-dua kasut yang tersarung pada kakinya itu.

Seterusnya, dia membuka pintu rumah yang tidak berkunci itu. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah lalu pintu rumah ditutup semula dan dikunci.

Kemudian, matanya melilau ke sekeliling ruang tamu yang kosong itu seketika. Seterusnya, dia menghayun langkahnya ke dapur.

Susuk tubuh wanita merangkap ibunya yang sedang membelakanginya yang ligat memasak itu dipandang Jungkook.

"Omma" panggil Jungkook seraya meletakkan seketika beg kertas berisi macaroons itu di atas meja makan.

Puan Jung menoleh sekilas saat mendengar suara anak bongsunya itu.

"Oh, Kook. Dah balik ye? Macam mana semalam stay rumah Mingyu tu? Okey ke?" soal puan Jung bertalu-talu sambil tangannya setia mengacau sup jjampong buatannya itu.

Ya. Jungkook sebenarnya terus pergi ke rumah Mingyu setelah dia melawat Yerin di hospital yang tak sampai 5 minit itu semalam. Kononnya nak ulangkaji dengan dua rakannya yang tak berapa nak semenggah itu-

Pendek kata, Jungkook tidak pulang ke rumah semalam dan baru pulang hari ini. Jadi, dia tak juga beritahu si ibu tentang Yerin.

Jungkook berdecit perlahan.

"Okey je lah, ma. Bukannya teruk sangat pun rumah Mingyu tu. Mewah lagi ada lah" jelas Jungkook sebelum tergelak kecil.

Puan Jung yang sedang fokus memasak itu hanya menganggukkan kepalanya sahaja sambil tersenyum kecil.

Jungkook pula sambung memandang ke sekeliling. Mencari seseorang.

"Omma, Rin mana?" soal Jungkook seraya memandang si ibu di hadapan yang membelakanginya itu.

Puan Jung yang ligat mengelap bahagian dapur gas yang berminyak dan bersisa-sisa itu langsung terhenti. Riak wajahnya berubah sedikit.

"Kenapa kamu nak cari dia?" soal puan Jung tanpa nada dan menyambung kerjanya yang tergendala itu.

"Tak, Kook ada belikan dia macaroons ni time lepak dengan Jimin hyung tadi. Dia kan suka gila macaroons ha" jelas Jungkook sambil membelek-belek bekas yang berisi macaroons pelbagai perisa itu. Terbit senyuman kecil di bibirnya.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now