🏵44

1.4K 197 282
                                    

[36 votes + 30 comments]

Vote lah syg² silent readers guweee;)












7.15 am

"Balik nanti aku tak boleh ambil kau tau. Aku kena ikut boss aku pergi survey site dekat Gangnam" tutur Yohan sambil memandang adiknya yang sedang mengoles pelembap bibir pada bibirnya.

"Eoh, araso" balas Yerin tenang seraya menyimpan pelembap bibirnya ke dalam poket blazernya.

Yohan memandangnya pelik. Pantas dia melekapkan tangannya pada dahi Yerin. Yerin langsung memandangnya bingung.

"Mwoya--"

"Kau sakit ke? " soal Yohan. Yerin mengerutkan dahinya. Tangan si abang ditolak ke tepi.

"Mana ada. Aku sihat je ha. Kau kenapa? " soal Yerin pelik.

"Tak lah... Selalunya kau tu mesti akan merungut kalau aku cakap aku tak boleh ambil kau. Ni kenapa jadi adik yang baik pulak ni? " soal Yohan masih tak berpuas hati dengan reaksi adiknya kali ini.

"Aku dah masak dengan ayat kau. Malas dah nak merungut bagai" balas Yerin dan menjeling sekilas Yohan.

"Okey, ni adik aku" seloroh Yohan sambil menganggukkan kepalanya. Yerin berdecit perlahan.

"Dah, aku pergi dulu" pamit Yerin seraya keluar dari kereta Hyundai milik Yohan.

"Yah, nanti terus balik eh. Jangan gedik nak melencong tempat lain" pesan Yohan sambil menjegilkan matanya sedikit. Yerin mengangguk malas.

"Iyeee. Tahulah" balas Yerin sebelum menapak masuk ke dalam perkarangan sekolahnya.

Macam biasa, dia akan mengukirkan senyuman buat pengawas yang sedang menjalankan tugas mereka di tepi pagar sekolah itu.

Yerin menghayunkan langkahnya dengan riang sambil matanya meliar di sekeliling perkarangan sekolahnya.

Kemudian, matanya tertancap pada seorang lelaki yang baru melepasi pagar sekolah sambil tangan kanannya ligat mengancing butang lengan baju sebelah kiri.

Ya, Kim Taehyung.

Yerin, dengan bibir yang sudah mengukirkan senyuman lebar, langsung menghampiri lelaki itu dengan hati yang senang.

Baru saja dia mahu menegur lelaki itu, tiba-tiba matanya tertancap pada dua orang lelaki yang juga baru melepasi pagar itu sambil bergelak tawa sesama mereka.

Mata Yerin sedikit membulat tatkala melihat dua lelaki itu.

Ya, Jimin dan Jungkook.

Sepantas kilat dia memalingkan badannya. Kakinya yang baru saja melangkah beberapa langkah itu terhenti tatkala namanya dipanggil.

"Yah Yerin! " panggil Jungkook seraya berlari anak menghampiri Yerin. Yerin mengemam bibirnya. Mata dipejam rapat.

Ah shet.

"Eoh, wae? " soal Yerin cuba berlagak biasa tatkala Jungkook sudah berdiri di hadapannya.

"Kau lately ni kerja avoid kitorang je. Apa kes? " soal Jungkook sambil menjongket kening kanannya. Yerin melarikan bola matanya ke arah lain sambil otaknya ligat berfikir alasan untuk soalan Jungkook itu.

"Avoid? Hahahaha, ye ke? Mana ada lah" balas Yerin dan tergelak kekok. Namun, Jungkook langsung tidak terkesan dengan jawapan Yerin itu.

Lelaki itu merenung lama wajah gadis itu menanti jawapan yang dikehendakinya.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now