🌺100

1.1K 166 315
                                    

[47 votes+57 votes]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[47 votes+57 votes]

Wah, dah 100 chap--

K, sorry lewat lagi harini. Seya jadi guru english tak bertauliah pula harini---

Well, do vomment💙
















"Rin dah balik" tutur Yerin seraya menapak masuk ke dalam rumahnya. Kemudian, pintu rumah ditutup semula lalu dikunci.

Yerin mengerutkan dahinya. Hairan. Selalunya mesti ibunya akan merespon setelah dia pulang. Ini sunyi saja.

"Omma?" panggil Yerin seraya menapak di ruang tamu itu. Matanya laju meliar di sekeliling.

Sekali lagi, Yerin mengerutkan dahinya. Tiada respon.

"Dah pergi kerja ke? Hm. Aku sengsorang lah ni dekat rumah? Si Jungkook tu tak reti nak balik lagi. " omel Yerin sebelum merengus perlahan. Dia mencampak beg galasnya ke atas sofa sebelum punggungnya dilabuhkan di atas objek empuk itu.

"Ah, boring." gumam Yerin sambil menyanggulkan tinggi rambut panjangnya. Rimas dengan rambutnya yang mengganggu ketenteraman lehernya.

"Hm, tengok tv lah" omel Yerin sebelum mencapai remote kawalan televisyen yang berada di atas meja di hadapan sofa yang didudukinya itu.

Seterusnya, butang on/off ditekan lalu televisyen berukuran 30 inci itu langsung menyala.

"Dia punya ngilu tu, ssuppp naik ke atas! Selepas menggunakan sensodyne, kini saya dapat gigit pagar besi rumah saya--"

"Dah apahal gigit pagar rumah ni? Lapar sangat ke?" omel Yerin jengkel sebelum menukar saluran lain pula.

"Awak... terlalu baik untuk saya--"

Saluran ditukar.

"Jika saudara saudari masih mahu bergerak, ke sana--"

Saluran ditukar lagi.

"Berita terkini. Penampakan biawak terbang di udara petang semalam--"

"Aduh, biarlah dia nak terbang pun. Itu pun nak bagitahu ke?" omel Yerin sebelum menukar saluran lagi.

"Baiklah. Kita beralih kepada ramalan cuaca pula. Hari ni hujan, esok hujan, dan hari-hari yang lain pun hujan."

"Aish, kenapa semua berita ni? Aku nak tengok drama--"

Terhenti seketika omelan Yerin apabila pintu rumahnya dibuka dari luar. Dia langsung memandang ke arah pintu. Dan, muncullah figura Jeon Jungkook dengan beg yang digalas pada bahu kanannya.

"Ehhhh balik pun hengko. Ingatkan nak tidur je dekat sekolah tu" sindir Yerin sebagai sapaan mesra buat adik yang baru pulang. Jungkook tidak merespon sebaliknya menjeling gadis itu.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now