🥀135

871 145 286
                                    

[45 votes+50 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[45 votes+50 comments]

YE YE MCM AKU CKP DKT CHAP LEPAS, APDET LEWAT MLM ADALAH KEBANGGAAN AKU, SOOOO

SKSKSKSKSSK

DAH, VOMMENT AH.






















6.50 am

"Ah" desis Yerin perlahan saat dia meletakkan kapas segi empat di dahinya bagi menutupi lebam di situ. Kemudian, beberapa kepingan pita pelekat dilekatkan pada kapas dan dahinya bagi mengukuhkan lagi keberadaan objek itu.

Selesai melekatkan kapas di dahinya yang tercedera itu, Yerin berdiri dari terus duduk di atas tilam totonya itu. Beg sekolahnya dicapai lalu digalas pada sebelah bahunya.

Yerin menilik jam di pergelangan tangannya itu. Matanya membuntang sedikit apabila mendapati jarum jam sudah hampir menunjukkam jam 7 pagi.

Yerin cepat-cepat memulas tombol pintu bilik sementaranya yang kecil itu. Dia menapak keluar dari 'bilik' nya itu. Kaki dilangkah ke arah dapur.

"Imo, Seun pergi dulu eh." pamit Seun tergesa-gesa seraya memeluk ringkas tubuh ibu saudaranya itu.

"Eh, dah nak pergi? Awalnya"

Seun tergelak kecil. Dia menggeleng perlahan.

"Kena awallah. Nanti orang dekat luar tunggu lama ha" balas Seun sebelum tersengih kecil.

Puan Jung mengangkat sebelah keningnya. Bingung.

"Orang dekat luar? Siapa?" soal puan Jung hairan dan bingung. Seun tersengih sendiri. Dia memintal-mintal hujung rambutnya sebelum bibirnya bergerak, menyebut nama gerangan yang ditanya puan Jung tanpa mengeluarkan suara.

Yerin yang berdiri tidak jauh dari mereka itu mampu melihat pergerakan bibir Seun itu. Jelas menunjukkan bahwa sepupunya itu menyebut nama,

Taehyung.

Yerin kaku seketika di situ. Hatinya seakan dihiris halus-halus. Sakit sangat.

Taehyung datang cuma untuk mengambil Ko Seun dan bukan dirinya?

Betullah kan?

Takkanlah Taehyung masih mahu mengambilnya setelah sedikit perbalahan yang berlaku antara mereka semalam.

Mustahil.

Yerin mengerdipkan matanya berkali-kali apabila satu hembusan angin menyapa kedua-dua bola matanya. Dia menggosok-gosok matanya sebelum membuka matanya semula, melihat gerangan di hadapannya.

Jeon Jungkook.

Ya. Adiknya yang bertuah inilah yang meniup ke dalam matanya bagi menyedarkan si kakak yang mengelamun dengan mata yang tidak berkerdip.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now