🏵116

910 154 356
                                    

[56 votes+56 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[56 votes+56 comments]

HA BACA JE LAH.


















"Gumawo sunbae sebab buang masa ajar kitorang yang bangang ni! " ucap Sinb agak lantang sebelum menapak keluar dari kelas Seni lama itu.

"Gumawo sunbae!"

"Gumawoyooongg sunbae~"

"Aterima kashih--"

"Dah, dah keluar" seloroh Sinb seraya mengheret Moonbin yang tak sempat habiskan sesi berterima kasih buat dua orang senior mereka itu atau lebih kepada Yerin saja--.

"EY SABARLAH AKU TAK--"

"Yerin sunbae dah muak tengok muka kau selama hampir sejam tadi! Dia nak kau blah je" tukas Sinb seraya menarik lagi kuat lengan rakannya itu, mengheret keluar dari kelas itu.

Yerin pula sekadar tergelak kecil melihat gelagat manusia-manusia muda dua tahun darinya itu. Dia menggeleng kecil.

Kemudian, dia memandang Taehyung yang sedang duduk di kerusi sambil ligat mendengar lagu menerusi earphone tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lelaki itu memejamkan matanya sambil menyilangkan lengannya di dada. Tubuh pula disandarkan pada badan kerusi.

Yerin kemudiannya menarik kerusi di hadapan meja yang diduduki Taehyung itu lalu diletakkan berhadapan meja lelaki itu. Seterusnya, dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu lalu dirinya disandarkan pada badan kerusi itu.

"Aigoo. Tak pasal-pasal jadi cikgu tak bertauliah--"

Tergendala Yerin dari bercakap apabila dia mendapati Taehyung di hadapannya itu berdiri. Yerin langsung menegakkan badannya seraya memandang lelaki itu.

"Eh, awak nak pergi--"

Terhenti seketika soalan Yerin apabila Taehyung tidak merespon sebaliknya langsung menapak keluar dari kelas seni lama itu.

"--mana...?" sambung Yerin perlahan. Terkebil-kebil dia dibuatnya.

"Mwoya...? Dia baru ignore aku ke tadi?" omel Yerin dengan kerutan di dahi. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Ah mwoya? Aku buat jenayah apa pulak kali ni? " gumam Yerin seraya berdiri. Beg galasnya dicapai lalu dia langsung berlari keluar dari kelas itu.

Kelihatan Taehyung sedang berjalan di koridor dan berjarak kira-kira 10 meter darinya. Terkedek-kedek dia berlari bagi mendapatkan lelaki itu.

"Taehyung!" panggil Yerin agak lantang, berharap lelaki itu akan menoleh. Tapi, hampeh-

Taehyung hanya melangkah dengan tenang sambil earphone kekal berada di dalam telinganya. Sama ada lagu yang dipasangnya itu berkelantangan tinggi atau dia sengaja memekakkan telinganya.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now