🌷94

1K 182 354
                                    

[46 votes + 52 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[46 votes + 52 comments]

ULULULU SOWI LEWAT. BARU JE SIAP TYPE HSHSHSHSH.

Yeah, enjoy!


















6.45 am

"Ah, finally! " keluh Yerin tatkala rambut depannya akhirnya terbentuk seperti yang dia mahukan. Iaitu separa kerinting dan itu membuatkan rambut depannya itu tidak terlalu rapat pada dahinya.

Setelah hampir 10 minit dia bergelut dengan rambut depannya itu, akhirnya dia berjaya.

"Okey, kajja" monolog Yerin seraya mencapai beg galasnya. Kemudian, digalaskan pada sebelah bahunya. Sempat dia menilik wajahnya di cermin sebelum cepat-cepat dia bergerak ke pintu biliknya.

Pintu biliknya dibuka dan serentak dengan itu satu figura berjalan melepasi biliknya sambil fokus menilik telefon pintarnya.

"Kejap. Aku tak salah tengok kan?" omel Yerin sebelum menggosok-gosok matanya. Seterusnya,dia memandang kembali figura yang sedang berjalan itu.

"Yah, Jeon Jungkook. Kau ke tu?" soal Yerin seraya menapak menghampiri Jungkook yang terhenti langkahnya disebabkan panggilan Yerin.

"Yelah. Kau nampak aku macam Taehyung hyung ke apa? " balas Jungkook sebelum menggulingkan bola matanya ke atas.

Soalan tak boleh bodoh lagi ke, wahai noona--

"Heol. Kau demam ke apa?" soal Yerin seraya melekapkan belakang telapak tangannya pada dahi lelaki itu. Berkerut dahi Jungkook disebabkan perlakuan aneh Yerin itu.

Aku nampak macam demam ke?

"Mwoyaaa. Aku sihat je lah. " tukas Jungkook seraya menolak tangan Yerin yang melekat di dahinya itu. Yerin berdecit perlahan.

"Manalah tahu kau demam. Tiba-tiba je bangun awal hari ni. Siap dah pakai t shirt bagai. Kau ada tengok channel motivation mana-mana ke sampai insaf ke tahap macam ni? " tutur Yerin yang masih tidak percaya dengan perubahan adiknya hari ini.

"Halah,sibuklah kau" balas Jungkook dan menjeling sekilas si kakak yang masih merenungnya bagai nak tembus. Kemudian, dia langsung menurun tangga terlebih dahulu.

"Hey~ seolmaaaa. Kau tak pergi dating memana pagi-pagi ni kan? " soal Yerin meleret atau lebih kepada mengusik. Dia lantas menuruni tangga hingga seiring dengan Jungkook.

"Apa benda lah kau ni? Aku nak dating dengan siapa duh? Kau pikir aku playboy sangat ke? " tukas Jungkook seraya mengerling sekilas Yerin di sebelah.

"Elehhh, manalah tahu kan~ tiber je boleh bangun awal macam ni. Siap dah tukar baju ni. Mesti nak pergi somewhere kan? " tebak Yerin seraya menyiku lengan si adik. Kening digerakkan berkali-kali.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now