🥀109

885 168 482
                                    

[56 votes+60 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[56 votes+60 comments]

AH SAJE NAK TAMAK KEJAP VOMMENT UNTUK CHAP NI HAHAHAH

well, kalau tak reach target tu, seya tidek akan apdet ya. Ehe

SO SILA VOMMENT LAH YE















"Omma, Rin pergi dulu!" pamit Yerin seraya mencapai beg galasnya yang diletakkan di sofa itu lalu digalas pada kedua-dua bahunya.

"Eoh, baik-baik belajar!" pesan puan Jung lantang dari arah dapur.

"Eoh~" sahut Yerin seraya menapak menghampiri pintu depan. Pintu dibuka lalu dia langsung keluar dari rumah. Kasut sekolah disarungkan pada kedua-dua kakinya.

Kemudian, dia langsung mengorak langkah ke arah pagar. Pintu pagar dibuka dan ditutup semula setelah dia keluar dari kawasan rumahnya itu. Lalu, langkah dihayun mendekati kereta jenis sedan milik Taehyung yang terparkir elok di tepi tembok rumahnya.

"Saya tak lambat kan?" soal Yerin seraya masuk ke dalam kereta milik Taehyung itu. Dia duduk di atas seat kereta itu dan memandang Taehyung di sebelahnya itu, menanti respon lelaki itu.

Taehyung sekadar mengangguk dan mengulum senyuman nipis buat gadis itu. Kemudian, dia langsung memulakan perjalanan.

Yerin memandang bingung lelaki itu sambil memakai tali pinggang keledar pada tubuhnya. Kemudian, dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dahinya berkerut. Hairan.

Kenapa rasa lengang sangat suasana dalam kereta ni hari ni?

"Erm, awak" panggil Yerin seraya memandang Taehyung yang fokus memandu itu.

Lelaki itu sekadar memandang sekilas Yerin dengan kening diangkat sebelah. Kemudian, dia sambung memandang ke hadapan semula.

"Awak pergi mana semalam?" soal Yerin, cuba membuka topik, habuan untuk memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Hospital" balas Taehyung ringkas. Mendatar.

"Wae?" soal Yerin yang masih menatap sisi wajah Taehyung itu.

"Something happened" balas Taehyung tanpa nada. Masih dengan jawapan ringkasnya itu. Wajah Yerin di sebelah sedikit pun tidak dikerling.

Yerin sekadar mengangguk perlahan walaupun sebenarnya dia mahu menyoal lagi kepada lelaki itu agar mendapat jawapan yang lebih jelas. Namun, melihat ekspresi wajah Taehyung sekarang, sedikit sebanyak membuatkan dia menguburkan niatnya.

"Wae gurae?" soal Yerin yang masih bingung dengan perangai Taehyung pagi ini. Dingin.

Dia tak pernah macam ni.

Walaupun, selalunya Yerin yang banyak bercakap di dalam kereta ini tapi sekurang-kurangnya lelaki itu tetap melayannya dengan mesra. Bukan seperti sekarang ini.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now