🏵75

1.2K 183 310
                                    

[47 votes + 48 comments]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[47 votes + 48 comments]


















"Omma, jeruk lobak putih ni nak simpan dalam peti ais ke?" soal Yerin agak lantang sambil tangannya ligat mengutip pinggan mangkuk yang kotor lalu ditindan satu sama lain.

"Biar je situ dulu! Angkat pinggan mangkuk tu bawa sini dulu!" laung puan Jung yang berada di dapur itu.

"Arasooo!" balas Yerin sebelum mengangkat pinggan mangkuk itu lalu dibawa ke dapur.

Taehyung yang seraya tadi memerhati  perbuatan Yerin itu terganggu apabila dia menangkap bunyi meja diketuk.

Taehyung langsung memandang ke hadapan, tepat pada gerangan yang mengetuk meja itu tadi.

Yohan.

"Aku tengok kau tadi macam tak senang duduk je bila tengok Yerin tu menangis" tutur Yohan seraya meletakkan telefon pintarnya di atas meja makan. Dipandang wajah sempurna Taehyung di hadapannya.

"Hm, kind of" balas Taehyung sebelum tersenyum kecil. Yohan mengulum senyuman.

"Actually, tak ada apa pun lah tadi. Dia tu memang hati tisu sikit bila semua orang usik dia macam tu. Kau tak payah fikirlah nak pujuk dia ke apa. Benda macam tadi tu dia tak ambil hati pun. " jelas Yohan sebelum tergelak kecil.

Rasa kelakar pula bila teringat satu-satunya adik perempuannya itu yang cepat menangis walaupun diusik benda kecil macam tu.

Taehyung sekadar menganggukkan kepalanya.

"Oh, satu lagi. Sorry lah kalau kau rasa tak selesa tadi. Kitorang dekat meja makan mesti nak kena perang dulu baru boleh makan. Kalau tak, tak lengkap waktu makan nanti" tambah Yohan lagi sebelum tergelak halus.

"Eh, aku ok je. Lagipun, fun apa waktu makan korang macam tu. Gelak² apa semua..." respon Taehyung sebelum tersenyum nipis.

Lainlah waktu makan aku...

"Oh, baguslah macam tu. Aku bukan apa, mana tahu kau tak biasa dengan perangai terpekik terlolong kitorang ni ha" tutur Yohan dan tergelak kecil. Taehyung hanya tersenyum.

"Oh maja. Aku ada satu cerita memalukan pasal budak cengeng tu" seloroh Yohan. Dia memandang ke kiri dan kanan, memeriksa keadaan. Memastikan yang pelakon utama dalam cerita memalukan itu tidak munculkan diri.

Taehyung menjongketkan kening kanannya sambil memandang Yohan yang serupa pakcik² bawang mahu mula mengupas cerita.

"2 tahun lepas, noona aku buat birthday party dekat anak dia. So, mestilah kitorang sebagai family join party tu kan..." tutur Yohan, membuka cerita tentang adiknya itu. Ralat. Peristiwa memalukan adiknya.

Taehyung hanya menganggukkan kepalanya, fokus mendengar cerita Yohan itu.

"Lepas tu--"

"Ha! Cerita apa tu? Korang ni pantang tinggal berdua, mesti ada je nak bisik-bisik kan? " ujar Yerin, mengganggu sesi penceritaan si abang. Tangannya ligat mengikat rambut panjangnya kepada tocang satu.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now