🏵29

1.4K 212 173
                                    


[25 votes+20 comments]

Maap ye ank² sekalian. Minyu mmg nk update smlm tapi batery gue dengki Hshshshshsh.

2500++ words~ enjoy! Bukan slalu guwe nk jadi pemurah words camni. Slalu mls aje hahahah.







"Ok semua, kita berhenti di kawasan rehat ni dahulu memandangkan pihak kem tidak menyediakan makanan pagi tadi. Jadi, kamu semua boleh pergi makan di food court di kawasan rehat ni. 40 minit sahaja ya. Pastikan kamu semua tepati masa kalau tak nak bas tinggal" jelas fasilitator Choi panjang lebar.

"Ok, semua boleh bergerak keluar" tutur ketua fasilitator itu memberi arahan. Mendengar arahan fasilitator itu, peserta-peserta di dalam bas itu mula bergerak turun dari bas.

"Yah, Jeon Jungkook, ireona" kejut Yerin sambil mengetuk perlahan kepala lelaki itu yang sedang enak lena di atas bahu Yerin selama 15 minit.

Hanya dengan sekali kejut, Jungkook telahpun sedar dari tidurnya. Dia mencelikkan matanya sebelum kepala diangkat dari terus melenguhkan bahu Yerin.

Jungkook memandang Yerin.

"Wae? Bahu kau lenguh ke? " tebak Jungkook yang masih dalam keadaan agak mamai.

"Boleh tahan la lenguh tu. Tapi, tu bukan motif aku kejut kau. " balas Yerin mendatar.

"Dah tu? " soal Jungkook bingung. Tangannya ligat mengemaskan rambutnya.

"Ni ha. Nak turun makan ni. Tak lapar? "

"Turun makan? "

"Iye, makan. Dah. makin slow pulak kau ni lepas bangun tidur. Jom la" seloroh Yerin dan bergerak keluar dari seatnya. Lengan Jungkook ditarik-tariknya.

Tergopoh-gapah Jungkook mengimbang badannya apabila ditarik Yerin sebegitu.

"Eh kau ni, macamlah aku tak reti keluar sendiri" rengus Jungkook tatkala dia sudah keluar dari bahagian seat mereka.

"Kau lambat sangat" balas Yerin dan menjeling sekilas Jungkook. Jungkook sekadar merengus perlahan sebelum menarik tangannya dari pegangan Yerin.

"Dah, let's go--"

"Yah Yerin "

Yerin yang berura-ura untuk menghayun langkahnya itu langsung terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Gadis itu lantas menoleh.

"Eoh? " sahut Yerin polos, sambil matanya menatap wajah Taehyung di hadapannya, menanti respon.

Taehyung langsung menarik tangan Yerin ke arahnya. Terdorong sedikit gadis itu dibuatnya.

"Kau berdua pergi dulu. Nanti aku dengan dia keluar" tutur Taehyung mendatar. Pandangan terkebil-kebil oleh Yerin diabaikannya.

Bukan sahaja Yerin, Eunha yang berada di sebelahnya dan Jungkook yang berada di hadapannya juga terkebil-kebil.

"Eoh. Kitorang keluar dulu. " pamit Jungkook dan mengemaskan tali beg galasnya yang sedikit meleset ke lengan.

"Eunha ya, kajja" ajak Jungkook dan memandang sekilas Eunha yang masih dalam keadaan bingung itu.

Mendengar namanya disebut, langsung Eunha tersedar dari mode bebalnya. Dia mengangguk perlahan.

"Eoh" balas Eunha sebelum mengatur langkahnya, membontoti Jungkook yang sudah menghayun langkahnya.

"What's the matter? " soal Yerin sejurus saja Jungkook dan Eunha keluar dari perut bas. Taehyung memandang sekilas Yerin.

"Jaket aku" tutur Taehyung mendatar.

[C] A Bully In Love [K.T.H] Where stories live. Discover now