- 🌸 -
Youngae's p.o.v
"Youngae!" Aku yang sedang duduk di bawah pepohon besar ini menoleh ke arah gerangan yang kini gigih berlari menuju ke arahku. Keluhan berat aku lepaskan sebelum bekas makanan yang tadinya terletak di pangku aku letakkan ke tepi.
Malas betul lah aku nak melayan lelaki ni. Dalam kelas dah muka dia, luar kelas pun muka dia juga, boleh tak sehari tu tak mengendeng dekat aku? Rimas.
"Youngㅡ"
"Apa kau nak?" Soalku, langsung tak memandang wajahnya. "Kau ni sikit-sikit nak gaduh dengan aku. Nah ni, aku terbeli air lebih. Amek lah" sekotak susu strawberry itu dihulur olehnya, teragak-agak aku ingin menyambut selepas mendengar alasan tak munasabahnya itu.
Zaman bila ada istilah terbeli? Cakap je lah memang nak belikan untuk aku, nak berselindung bagai.
"Thanks. Harap harap lepas ni kau 'terbeli lebih' lagi." Sengaja aku memerli sambil plastik straw aku buka, sedia untuk minum memandangkan aku memang dahaga sekarang ni.
Tiba-tiba Jungkook menjeling. Satu saat, sebelum senyuman mula memekar dibibirnya membuatkan aku bertaut kening pelik. "Aku memang belikan tu untuk kau. Dah, tak payah nak perli aku."
Kata-katanya itu membuatkan aku tergelak halus, geli hati pula aku dengan lelaki ni. Kalau dari awal dia berterus terang dengan aku kan senang, membazir air liur aku je nak memerli dia.
"Hah!" Alangkah terkejutnya aku apabila Jungkook tiba-tiba melompat dan kemudiannya berdiri betul-betul di hadapanku. Lelaki ni nak kena bunuh ke apa? Kalau aku mati tersedak tadi memang aku jadi jelmaan, cekik dia balik.
"Kau pehal?" Aku menyoal kasar sambil sisa-sisa air di bibir aku lap.
"Kau gelak." Aku diam, tetapi dahi pula makin berkerut. Apa benda dia tengah mengarut ni? Muka dah lah macam nak kena lempang dengan tapak kasut aku. Aku tepuk kepala dia baru tahu.
"Kau gelak tadi!" Jungkook tersenyum lebar sambil cuba meyakinkan aku tentang hal aku ketawa sebentar tadi.
Aku ketawa...
Ok, lepas tu?
"Kenapa pun? Kau tak pernah nampak orang ketawa ke?" aku membalas sambil ketawa sinis, menjeling sedikit ke arah lelaki yang wajahnya kini sudah bertukar riak. "Aku tak pernah nampak kau senyum pun sebelum ni. Excited bila kau tiba-tiba gelak." Ujarnya bersama senyuman tipis meniti di bibir.
Aku agak terkedu dengan jawapan dia. Satu soalan mula muncul di minda, menyoal diri sendiri yang tiba-tiba tersedar di alam realiti.
Oh ya.
Bila agaknya kali terakhir aku ketawa?
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020