25

40 13 3
                                    

- 🌸 -

Flashback pt. 2

Pintu rumah dibuka kasar bersama perasaan yang sudah agak tak terkawal. Dilaung nama adiknya berkali-kali, namun tiada sambutan sebelum dia teringat bahawa adiknya baru sahaja keluar beberapa jam yang lepas.

Badan direhatkan pada sofa, kepala pula dipicit dan rambut dikuakkan kasar tanda serabut.

Tak, dia masih tak percaya yang Youngae berbuat sedemikian. Setahu dia, adiknya sudah beransur pulih malah kelihatan lebih baik dari sebelum ni.

Tak mungkin, tak mungkin dia gila.

Tubuh kemudiannya dibangkitkan. Ke hulu ke hilir dia berjalan sekeliling ruang tamu, sedaya upaya membuang segala pemikiran negatif daripada mindanya ketika itu. "Dia makan ubat. Dia dah makan ubat, t-takkan penyakit dia datang balik dan jadi semakin teruk? M-mustahilㅡ" kata-katanya tergantung apabila mata tertancap pada pintu bilik Youngae yang terbuka sedikit.

Entah kenapa, gerak hatinya tiba-tiba menyuruh untuk masuk sedangkan sudah beberapa kali diberi amaran supaya tidak menapakkan kaki ke dalam sana. Namun situasi kali ni berbeza, dia perlu bongkar semuanya. Bongkar segala apa yang sebenarnya berlaku pada satu-satunya adik kandungnya.

Perlahan-lahan kaki melangkah, tangan pula dengan teragak-agak menguakkan pintu bersama perasaan yang sudah bercampur baur.

Buat sekian kalinya dia berdoa di dalam hati supaya tiada apa pun yang berlaku pada adiknya. Pada dia, adiknya langsung tak ada ciri-ciri pesakit mental. Dia nampak sihat, macam biasa.

Namun tidak seperti yang diharapkan. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila pandangan dipenuhi dengan bunga-bunga yang sudah mati dan layu, hampir di setiap penjuru bilik adiknya.

Luruh hati seorang abang melihat suasana tak dijangka di depan mata. Tetapi hatinya masih terus dikuatkan, melangkah lebih dalam, memeriksa setiap sudut di dalam bilik tersebut.

"A-apa ni..." meja yang berselerak dengan kelopak-kelopak bunga layu serta kertas itu dia pandangan dengan riak tak percaya. Satu persatu kertas yang bertulis itu dia baca, menambahkan lagi rasa sebak di dalam hati.

"Jadi selama ni dia cancel semua appointment dengan Dr. Kang?" Soalnya sendiri, perlahan-lahan air mata menitis ke pipi. Tak cukup dengan itu, kini botol ubat yang hanya berbaki kira-kira dua hingga tiga ketul di atas meja itu pula dia capai, menilik dan memeriksa tarikh luput.

21/2/2017

"Takkan lah..."

"Dia tak makan ubat ke selama ni?"

"A-andwae.. Youngae-ah..."

● ● ● ●

[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now