- 🌸 -
Flashback
"A-ada apa sebenarnya puan nak jumpa saya ya?" Sopan Yoongi menyoal sebaik sahaja punggung dilabuhkan pada kerusi berhadapan dengan pengetua sekolah yang sedang tersenyum lembut.
Namun senyuman itu tak lama sebelum air mukanya berubah dengan secara tiba-tiba. "Saya nak buat kepastian tentang keadaan dan tahap kesihatan Youngae. Betul ke dia dah recover?" Soalan itu kemudiannya membuatkan Yoongi bertaut kening pelik, perasaan dan fikiran negatif pula sudah mula menyerang minda dan hati.
Kenapa wanita ini tiba-tiba bertanya tentang hal tersebut?
"Kalau nak diikutkan, dah puan. Tapi dia masih lagi makan ubat, takut-takut penyakit dia datang balik. Kenapa ya?" Walau hatinya terasa gundah, dia tetap mengekalkan nada dan tingkah laku yang sopan walhal sekarang ni sudah bermacam-macam persoalan menerjah ruangan fikirannya.
"Saya dapat aduan dari guru-guru dan pelajar..."
"...mereka ada ternampak Youngae bercakap sorang-sorang. Bukan setakat bercakap, malah kadang-kadang dia tersenyum dan ketawa."
"Saya juga cuba buat andaian, mungkin diorang tersalah pandang atau apa. Cuma sudah ramai yang membuat aduan, mengatakan perkara sebegitu sering kali mereka perasan."
"Jadi sebab tu saya tanya, betul ke dia dah pulih sepenuhnya dari penyakit dia?" Seakan terkelu lidah mendengar bait-bait perkataan yang baru terkeluar dari mulut wanita pertengahan umur itu. Bagai terasa sesuatu menusuk tepat ke dalam jiwa, membuatkan Yoongi langsung tak dapat berkata-kata.
"S-saya tak tahu..."
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020