16

51 16 7
                                    

- 🌸 -

Youngae's p.o.v

"Macam mana nak main benda-benda ni?" Aku menyoal sendiri, mata pula menilik satu persatu permainan yang berada di sini sambil kaki berjalan dengan perlahan. Keadaan di sini tak lah terlalu padat dengan orang, tetapi tahap kebisingannya boleh tahan.

Agak bingit sebenarnya telinga aku. Kalau bukan si Jungkook tu punya pasal, dah lama aku keluar dari sini.

Sedang elok aku berjalan, tiba-tiba langkahku terhenti saat tubuh bertembung dengan sesuatu yang keras. Terdorong ke belakang aku dibuatnya sebelum mulut dengan tidak sengajanya mengadu sakit dengan nada yang agak kuat.

"A-aduh..."

"Woi." Aku mendongak, mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara garau yang menegur kasar.

Cepat-cepat aku membongkokkan tubuh apabila sedar sahaja yang lelaki itu adalah 'sesuatu' yang aku langgar tadi. Bibir pula aku ketap saat terlihat matanya yang sudah mencerlung tajam ke arahku. "M-maaf, saya tak perasan."

"S-saya betul-betul minta maafㅡ" aku tersentak apabila jarinya dengan secara tiba-tibanya diletakkan di bawah daguku, mengangkat wajahku supaya bertentang mata dengannya. "Cantik."

"Ha...?" Lelaki itu tersenyum sinis menyebabkan rasa ketakutkan mula mengelilingi diriku. Lama dia menilik wajahku, perlahan-lahan kakiku bertindak mengundur ke belakang tetapi apakan daya, dia sudah awal-awal menggenggam pergelangan tanganku.

"Ikut aku."

"T-tak, sayaㅡ"

"Yah." Kali ni tanganku ditarik oleh seseorang, membuatkan bahuku sedikit terhinjut dengan tindakan drastik itu sebelum wajahnya aku pandang dengan serta-merta.

Jungkook.

"Jangan sentuh girlfriend aku." Buat sekian kalinya aku terpaku dengan kata-kata dia. Entah kenapa, banyak betul kejutan berlaku hari ni. Serentak, dalam masa yang sama.

Aku salah dengar atau memang betul dia cakap macam tu?

Tapi sejak bila aku jadi teman wanita dia?

Lelaki itu kemudiannya hanya menjeling kami tajam sebelum langkah dibuka beredar dari situ. Sedikit rasa lega terasa di hati, tetapi jantung masih berdegup laju memandangkan Jungkook masih memegang erat tanganku.

Tak perlu soal tentang jantung dan hati aku, semua orang boleh mengagak apa yang aku rasakan tika ini.

Perlahan-lahan aku cuba lepaskan, tetapi tindakannya mencantumkan semula tangan kami membuatkan pergerakanku terhenti, serentak dengan degupan jantung.

"Jom."

● ● ● ● ●

[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now