18

47 15 3
                                    

- 🌸 -

Youngae's p.o.v

6:13 p.m.

Pemandangan langit yang serba indah di taman dek hari yang sudah menghampiri waktu senja ini serba sedikit menenangkan pemikiran dan hati aku setelah satu jam meluangkan masa di arcade. Sejambak bunga pemberian Jungkook itu aku tenung dengan senyuman ringkas di bibir.

Ada je bunga ni tadi masa kitorang main, selamat dalam locker dekat arcade tu. Saja tak nak cerita.

Tapi kan, sejak Jungkook bagi aku bunga, aku baru sedar tentang kecantikan bunga-bunga dalam dunia ni. Kalau nak diikutkan, dulu aku tak pernah mengamati malah menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Aku rasa macam tak ada masa untuk semua tu. Terlalu banyak perkara aku perlu fikirkan selepas pemergian eomma.

Jujur aku kata, aku gembira hari ni. Jungkook banyak kenalkan aku pada perkara yang aku tak pernah terfikir pun untuk ambil kesah.

Aku rasa macam sesuatu yang lain berlaku dalam hidup aku. Tak membosankan macam biasa, terasa bagai ada satu cahaya mula masuk ke dalam ruangan gelap di dalam hati.

"Pada aku, semua bunga cantik. Macam kau." Kata-kata yang masih segar dalam minda aku walaupun sudah lama berlalu.

Aku cuma suka. Suka ayat tu.

"Nah." Sekotak air yang siap dicucuk dengan straw dihulur sebelum punggung dilabuhkan di sebelahku.

"Thanks." Ujarku tersenyum nipis. Tetapi tak lama sebelum Jungkook dengan tiba-tibanya tersengih sendiri, membuatkan aku terus berkerut dahi.

"Kau dah kenapa?"

"Kau senyum dekat aku." Makin berkerut dahi aku, tetapi tidak pada bibir yang tersengih sama tanpa aku sedar.

Entah, rasa geli pula hati aku tengok lelaki ni.

"Aku nak minta maaf." Dengan nada lembut dia berkata, mengubah suasana geli geliman sebentar tadi. Sambil menyedut straw, kedua kening aku angkat, menunggu kata-kata seterusnya.

"Sebab?"

"Sebab tinggalkan kau sorang-sorang dekat arcade tadi. Aku tak boleh bayangkan kalau aku lambat sikit, lelaki tuㅡ"

"Aku okay lah Jungkook. Lagipun kalau betul lelaki tu nak paksa dan tarik aku tadi, memang makan terajanglah jawabnya. Kau ingat aku tak kuat nak lawan?" Aku tersenyum sinis sebelum kembali menyedut air yang sudah berbaki sedikit.

"Yahhh... lepas menang main game berturut-turut tadi, terus tinggi confident level kau ya? Takpe, aku sokong." Ujarnya manakala aku hanya menjongket-jongketkan kening tanda berbangga dengan diri sendiri.

Tapi memang tak dapat nak dinafikan, skill berlawan aku memang padu. Aku rasa kuat pula sekarang ni.

"Okay! Sekarang ni pegang tangan aku." Serta-merta aku memandang Jungkook dengan riak pelik, bersilih ganti dengan tangannya yang sudah dihulurkan betul-betul dihadapanku.

Dah kenapa tiba-tiba kau ni...?

"Kenapa kenaㅡ"

"Pegang je lah, aku takkan buat apa-apa." Dengan kening bertaut, wajahnya aku pandang buat beberapa saat sebelum dengan teragak-agak mencapai tangannya.

Tanganku kemudiannya digenggam erat, bibir pula diukir segaris senyuman. "Sekarang ni, aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi."

"Aku akan pegang janji aku seerat pengangan tangan aku sekarang ni."

"Kau pun, pegang kata-kata aku sampai bila-bila."

● ● ● ● ●

● ● ● ● ●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now