- 🌸 -
Youngae's p.o.v
"Kau serius ke?" Aku pandang Jungkook dengan riak tak percaya saat tiba sahaja di tempat yang dijanjikan. Dia pula hanya mengangguk sambil menunjukkan wajah tak bersalah, membuatkan dahi aku makin berkerut-kerut pelik.
Punyalah aku fikir dia nak bawa aku pergi taman main basikal atau apa, boleh dia heret aku pergi arcade?
Lelaki ni dah gila ke?
"Aku tak reti main semua ni Jungkook. Kita pergi tempat lain." Langkah aku buka dengan niat mahu beredar tetapi Jungkook dengan lebih awal menahan pergerakanku sambil bibir memuncung sedepa.
"Alang-alang dah sampai ni kita masuk je lah..." wajah gediknya itu aku pandang dengan pandangan menyampah, sempat dia menarik lengan bajuku sambil cuba beraksi comel.
Jeon Jungkook... kau betul-betul nak aku hempuk kepala kau guna batu ke?
"Youngae..."
Aku merengus kasar, tangannya yang tak henti-henti menarik bajuku itu aku tepis sebelum kaki melangkah masuk ke dalam melalui pintu utama. Dapat ku lihat melalui ekor mata, Jungkook sudah mula tersenyum lebar sambil dengan pantas menghampiri aku yang langsung tak berpaling ke belakang.
Nasiblah kau belanja, kalau tak jangan harap aku nak tapakkan kaki dalam tempat tak berfaedah macam ni.
Buang masa betul.
"Okay sekarang ni kau pilih dulu yang mana kau nak main, aku pergi beli token jap." Membulat besar mata aku saat dia berkata sedemikian. Lidah mengelu seketika, kata-kata tak dapat dikeluarkan walhal hati aku dah separuh menjerit.
AKU TAK TAHU APA-APA!
"Jungㅡ"
"Pergi tengok-tengok dulu."
"Y-YAH!"
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfic[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020